Thursday, January 11, 2018

Skop Kerja Group Manager Suri Rumah Perunding Hartanah Suri Rumah


Group Manager ialah seorang yang dilantik oleh agensi . Kebiasaannya di bawah seorang group manager mempunyai beberapa orang perunding hartanah. Jika ada perunding hartanah yang baru, pihak agensi akan letakkan di bawah jagaan seorang group manager.

Dengan lantikan sebagai group manager, peratus komisyen kita juga akan meningkat dan kita juga akan dapat overiding daripada team yang kita jaga.

Pihak agensi melantik kita sebagai group manager bukan sahaja semata-mata untuk naikkan peratus komisyen kita. Tapi kita di sertakan dengan tanggungjawab besar untuk bantu agensi. Terutamanya  berkenaan menguruskan perunding hartanah bawahan kita. Antara Skop Kerja Group Manager


1) Memastikan Capai Target

Tugas utama group manager adalah untuk memastikan perunding hartanah di bawah kita boleh capai target minima jualan yang agensi tetapkan. Bila semua perunding hartanah capai target jualan atau melebihi target yang agensi tetapkan, semastinya target group akan tercapai dan group akan dianugerahkan mengikut pencapaian kita.



2) Tunjuk Cara Kerja Yang Betul

Semua perunding hartanah yang baru kemungkinan masih belum mahir dengan skop kerja sebagai perunding hartanah. Jadi, tugas kita untuk tunjukan cara yang betul. Dengan pengalaman yang ada mungkin kita hanya sampaikan & lakukan aktiviti hartanah seperti biasa. Mereka akan follow apa yang group manager buat.

3) Kelas Untuk Team

Dalam dunia hartanah, selain cara pemasaran. Yang juga penting kita tahu adalah tentang perundangan hartanah. Agensi akan buat kelas untuk semua, tetapi kita juga boleh buat kelas atau sesi sharing bersama team.

4) Group Meeting

Setiap sebulan sekali kita adakan group meeting untuk memastikan target group dan target agensi mencapai tahap yang di tetapkan. Dengan group meeting kita dapat berkongsi pelbagai maasalah atau apa sahaja yang berkenaan kerja.

5) Reward

Jika kita mempunyai team perunding hartanah yang sangat komited dalam kerjaya insyaallah kita layak untuk dapat anugerah best group atau best group. sekali sekala apa salahnya kita reward team. Bawa makan-makan atau bagi hadiah untuk team.




Love My Team #propertysisters








Bagaimana Untuk Sertai Kerjaya Perunding Hartanah

Teks & Gambar : Mimi Rahim


Bila Kak Mie post cerita atau post gambar di facebook berkenaan kerja Kak Mie, ramai yang PM bertanyakan tentang kerja Kak Mie, Soalan paling banyak antaranya adalah Skop Kerja Perunding Hartanah , Pendapatan Perunding Hartanah , Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah Dan Bagaimana untuk sertai Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah.

Untuk entri kali ini Kak Mie nak share cara untuk kita bermula sebagai perunding hartanah. Kak Mie selesa ceritakan apa yang Kak Mie buat yer.

1) Daftar Dengan Agensi

Sebelum bermula Kak Mie ada pergi ke kelas Kerjaya sebagai perunding hartanah. Kelas itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai  tentang kerjaya perunding hartanah dan bagaimana untuk sertainya.


Kita mesti sertai mana-mana agensi yang berdaftar untuk bekerja sebagai perunding hartanah. Kos pendaftaran agensi berlainan bergantung pada agensi itu. Di sarankan pilih agensi yang betul. Cara Pilih Agensi nanti Kak Mie share dalam entri yang lain yer.

Selepas itu agensi akan sarankan kita untuk hadir ke kursus perunding hartanah untuk dapatkan pendaftaran yang sah.

2) Hadir Ke Kursus Perunding Hartanah
Kerjaya perunding hartanah ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.
Untuk Kita jadi perunding hartanah yang sah, kita mesti daftar dan hadir ke kursus dua hari perunding hartanah. Jika korang Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib hadir untuk kita di lantik sebagai perunding hartanah yang sah. Antara topik yang kita akan belajar dalam kursus ini adalah, Pengenalan kepada pasaran hartanah, Asas industri hartanah, Piawaian Agensi Hartanah Malaysia, Praktis agensi hartanah, Kemahiran membuat rundingan, Asas guaman hartanah, Undang-undang berkaitan hartanah, Kemahiran IT dalam hartanah. Insyaalah kita akan faham skop kerja kita selepas hadir ke kursus ini.
Kita akan diberikan sijil setelah selesai kursus ini. Salinan sijil ini akan diberi kepada agensi. Agensi kemudian akan daftarkan tuan puan ke LPPEH.
Sebenarnya kita boleh jer hadir ke kursus dulu sebelum daftar dengan agensi, Kemudian bawa jer sijil tu ke agensi. Mana-mana yang kita rasa nak mula dulu. 
Kak Mie tunjukkan Tag yang Kak Mie dapat selepas sah berdaftar. Tag ni akan membezakan kita sebagai perunding hartanah berdaftar dengan yang tidak berdaftar. Bawa jer ke mana-mana bila melakukan aktiviti hartanah. 
Mimi Rahim 
REN 18470





Booking Rumah Baru

Teks & gambar : Mimi Rahim

SEMUA TEAM MEMBER SAYA DAH BOOKING RUMAH DI TAHUN BARU. SEMANGAT ðŸ’ªðŸ’ª
Semasa dalam meeting group semalam semua team seronok cerita tentang ada projek baru dekat kajang yang booking nya hanya 1k sahaja.

Kami semua dalam meeting bukan hanya fikir untuk beli rumah, tapi juga sentiasa mencari hartanah untuk di beli. Untuk projek yang kami bincangkan ini, hanya layak untuk mereka yang memiliki tidak lebih dua hartanah. Nanti Kak Mie share details tentang projek ni yer.

Lepas habis meeting semalam mereka  terus gerak ke Kajang untuk survey. Ada yang terus booking.  Apa Tak NYerrr Booking Hanya 1k u olsssss. 


Antara sedikit details tentang projek ini :

Apartment yang dilengkapi swimming pool cuma RM265k. Antara project termurah setakat ni. Rumah siap dilengkapi aircond setiap bilik,wardrobe setiap bilik,water heater setiap bilik air,kitchen cabinet,Tv cabinet,eh fridge pun ado. Menarik sgt!
Size?Luasss 1020 sqft! Dkt dgn MRT dan kawasan perumahan elit Tropicana Height, Nadayu 92, Hillpark Kajang.
FREE SPA
TIADA 10% DEPOSIT
LOAN DIURUSKAN

#Tahniah Semua !!!! Permulaan tahun baru Yang besttttttt❤️❤️❤️❤️
#propertyqueen
#propertysisters

Tuesday, January 9, 2018

Pendapatan Suri Rumah Perunding Hartanah


Teks       : Mimi Rahim
Gambar  : Mimi Rahim

Assalamualaikum. Kak Mie baru jer balik jumpa kawan-kawan satu tempat kerja. Sebagai team manager kami bertanggungjawab pada perunding hartanah bawahan kami. Ada yang share tentang ada perunding hartanah yang tak perform. Jika tak perform macam mana nak dapatkan gaji yang sepatutnya kan. Kalau mereka yang bujang mungkin tak terasa sangat. Tapi jika yang ada tanggunggan, mereka mesti berusaha untuk sentiasa kekalkan komisyen untuk pastikan kewangan berada di tahap yang selesa.

Kak Mie nak tanya, korang bekerja untuk apa? mesti untuk mendapatkan duitkan. Untung menampung keluarga. Duit adalah matlamat utama kebanyakan orang untuk bekerja. Dan pencapaian adalah kepuasan dalam kerjaya seseorang itu.

Begitu juga mereka yang mahu mulakan kerjaya dalam bidang hartanah. Mereka semestinya tertarik dengan pendapatan yang boleh diperolehi hasil dari jualan hartanah.

Kak Mie nak share sikit tentang ada sorang kawan di agency, beliau sebelum menjadi perunding hartanah pernah bekerja di syarikat perkapalan.  Gaji beliau masa itu adalah 30k sebulan. Pada tahun lepas syarikat beliau mengalami masalah dan beliau terpaksa berhenti kerja. Apa yang difikirkan oleh beliau adalah, bagaimana nak dapatkan gaji bulanan seperti biasa. Di pendekkan cerita perunding hartanah adalah kerjaya baru beliau. Cuma sekarang beliau perlu konsisten dapatkan komisyen sekurang-kurangnya 30k sebulan.

Pada entri ini Kak Mie nak kongsikan kiraan gaji seorang perunding hartanah. Untuk perunding hartanah yang baru menyertai agensi mereka akan dapat 60% daripada booking yang diambil dari pelanggan, manakala 40% untuk agensi.

Contohnya jika kita berjaya jual rumah yang berharga 500k. Booking yang diambil daripada pelanggan adalah sebanyak  3% daripada harga rumah. (500k x 3% = RM 15 000) . Jumlah booking
ialah 15k.


Contoh Booking Dari Pelanggan


Komisyen kita adalah 60% daripada duit booking iaitu 60% daripada 15K .
( RM 15 0000 x 60% = RM 9000) . Jadi kita dah boleh rancang pendapatan kita di awal penglibatan kita dalam bidang ini. Jika kita mahukan income 18k, Kita mesti jual rumah yang berharga 500k sebanyak dua biji.

Bila jualan meningkat, peratus komisyen juga akan meningkat. Komisyen akan meningkat mengikut apa yang di tetapkan oleh syarikat. Peratus komisyen boleh mencecah 90%. Sebagai team manager Kak Mie layak untuk 83% daripada booking pelanggang , belum lagi di tambah dengan overiding daripada team. Kak Mie bagi contoh harga rumah yang sama, 500k. Booking adalah sebanyak 15k, (RM15000 x 83% = RM 12 450) . Mana nak carikan kerjaya yang pendapatan tanpa had dengan tidak menggunakan tenaga dan masa yang banyak. Jual sahaja sebiji rumah harga 500k. gaji kita adalah RM12 450.

Untuk mereka yang tidak memiliki sijil belajar tahap tinggi, jangan rasa takut untuk memulakam kerjaya sebagai perunding hartanah. Kerjaya yang Kak Mie rasa sangat berbaloi untuk tolong kewangan kita. Salah satu kerjaya yang mudah untuk simpan duit tunai dengan cepat.

Mimi Rahim
http://mimirahim.wasap.my
www.mimirahim.com

Tetapkan Matlamat Tahun Baru


Teks      : Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim


Masuk jer tahun baru Kak Mie dah mula teringatkan team kesayangan Kak Mie. Rasa semangat nak bekerja bersama dah berkobar-kobar. Mesti rindu kan nak kerja setelah lama cuti akhir tahun. Semalam adalah mingu ke -2 tahun baru 2018. Kami team Suri Rumah Perunding Hartanah berkumpul buat kali pertama pada tahun baru.

Macam biasa kami akan tetapkan tempat untuk berkumpul. Dan tempat pilihan semestinya adalah di salah sebuah rumah antara kami. Kami pilih di rumah kerana macam biasa, mak-mak perunding hartanah akan bawa anak-anak kecil kami.

Meeting bermula jam 9.30 pagi iaitu selepas kami selesai hantar anak-anak ke sekolah dan siapkan kerja di rumah yang mana patut. Kami tak lupa untuk bawa makanan masing-masing. popluck dan meeting memang tak dapat dipisahkan.



Majlis kami dimulakan dengan bacaan umul kitab Al-Fatihah. ...
Sempena tahun baru, isi utama meeting kami adalah matlamat tahun baru dan strategi pemasaran untuk tahun baru.

Sebagai perunding hartanah memang kita mesti mengikuti pasaran hartanah atau permintaan hartanah semasa. kita mesti alert dengan ekonomi dan pasaran hartanah di Malaysia. Pasaran hartanah ini mempengaruhi strategi kerja kita. Ini yang kami sama-sama bincangkan.

Tak ketinggalan juga kami bincangkan potensi hantanah untuk kami turut serta melabur. Seronok dengar bila masing-masing dah booking rumah untuk diri sendiri di permulaan tahun baru.

Bila jumpa sesama perunding hartanah, memang seronok. Kami saling bertukar pendapat. Bukan sahaja dalam bidang hartanah tapi juga cara menguruskan keluarga masing-masing. Maklum lah kan... Kami Suri Rumah Perunding Hartanah :)



Friday, December 22, 2017

Matlamat Kerjaya Perunding Hartanah Suri Rumah


Teks: Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim

Sebagai suri rumah, kita juga mesti ada matlamat yang jelas. Dan matlamat utama suri rumah bukan sahaja memastikan anak-anak makan dengan cukup dan selamat. Kita ada perjanjian atau tanggungjawab yang besar dengan pencipta untuk memastikan anak-anak berjaya dunia & akhirat. Setiap langkah di susun untuk pastikan matlamat tercapai. Namun kita hanya mampu berusaha dan rancang yang terbaik, selebihnya berserah pada Allah SWT.

Dalam kerjaya pula, bila kita betul-betul minat dah serius dalam bidang yang kita ceburi. Kita semestinya mempunyai matlamat untuk masa singkat dan matlamat masa panjang. Seperti yang Kak Mie pernah share dalam entri Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah . Pada mulanya Kak Mie masuk dalam agensi untuk menjadi perunding hartanah supaya Kak Mie dapat ilmu mendalam dalam bidang hartanah. Tapi bila kali pertama dapat komisen, rasa kerjaya ini sebenarnya sangat menarik lebih dari yang Kak Mie jangkakan. Jadi bermulalah matlamat untuk dapat pendapatan tetap dalam bidang ini. 

Bila kali pertama dapat komisen, Kak Mie rasakan kerjaya ini sangat menarik lebih dari yang kita jangkakan. Pembahagian peratusan Pendapatan Perunding Hartanah akan meningkat mengikut jumlah jualan. walau bagaimana komisen tetap berbaloi. Cabaran semasa awal-awal adalah untuk mengekalkan pendapatan secara konsisten, Dan semestiya Kak Mie target untuk anugerah kutipan sales terbanyak kan.... baru lebih semangat. Bila jualan banyak... komisyen juga banyak lah. 



Bila jualan meningkat peratusan pembahagian antara perunding hartanah dengan agensi akan meningkat. Jika agensi nampak kita berkebolehan, kita akan di tawarkan sebagai Group Menager. Contohnya kalau dari awal kita dapat 60% dari komisen, mungkin akan meningkat ke 85%. Kita bukan sahaja dapat mengumpul personal komisen dengan lebih banyak. Kita juga ada overiding dari anak-anak buah. Jika korang nak bermula, cuba target untuk join sebagai group menager dengan cepat supaya peratusan komisyen meningkat. Berbaloi lah dengan kerja kita.

Sebagai group manager pula kita mempunya matlamat untuk tolong semua ahli group mendapat pendapatan yang mereka target. Sekali gus kita akan mendapat penganugerahan group terbaik dalam agensi. Dengan pencapaian ini akan meningkatkan lagi semangat bekerja sesama perunding hartanah. Tapi Skop Kerja Group Manager Suri Rumah Perunding Hartanah lebih mencabar.

Matlamat seterusnya sebagai perunding hartanah adalah untuk membuka agensi hartanah sendiri, untuk membuka agensi kita mesti mempunyai lesen sijil agensi harta tanah. Tapi ada jer yang berniaga dengan menyewa lesen orang lain. Namun dengan status suru rumah, untuk menguruskan agensi bukanlah mudah. Bayangkan kita nak menjaga perunding hartanah yang datang dari latar belakang berlainan. 

Matlamat Kak Mie seterusnya adalah sambung belajar untuk mendapatkan sijil hartanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN) . Nak buka atau tidak agensi kita boleh fikirkan kemudian. Yang penting bila tamat pengajian, kita layak dapat 100% komisen. Kita mungkin juga boleh cari partner yang berminat untuk buka agensi dengan menggunakan lesen kita. Seronok bila kita tahu matlamat kita menceburi bidang hartanah ini. 

Sebagai perunding hartanah yang beragama islam, kita mempunyai matlamat untuk membantu lebih ramai rakan satu bangsa dan seagama untuk sedar tentang pelaburan dalam hartanah. Kak Mie lebih suka memberi kesedaran kepada suri rumah seperti Kak Mie untuk memahami lebih mendalam dalam hartanah supaya hidup lebih terjamin.

Sekian.





Thursday, December 21, 2017

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH



Teks      : Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim

Ramai yang berminat untuk menceburi pekerjaan sebagai perunding hartanah. Tapi mereka kurang jelas dan merasakan pekerjaan perunding hartanah adalah untuk golongan tertentu sahaja . Selain dari pendapatan perunding hartanah, soalan lazim yang di ajukan kepada Kak Mie Adalah skop kerja perunding hartanah.

Perunding hartanah adalah orang tengah yang menguruskan sewa, jual , atau belian hartanah antara pembeli dengan tuan rumah, atau penyewa dengan tuan rumah. Cara rundingan akan lebih matang dari satu kes rundingan ke rundingan yang seterusnya. makin lama dalam bidang hartanah, makin banyak pengalaman.

Untuk menjadi perunding hartanah, kita mestilah berdaftar dengan agensi hartanah. Jika berminat boleh hubungi Kak mie untuk menyertai kami. Cuma kami ada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh agensi dan kumpulan Property sisters.


 Kak Mie huraikan empat tugas utama sebagai perunding hartanah

1) Memiliki Senarai Hartanah Yang hendak di jual (Listing)

Permulaan sebagai perunding hartanah. Di sarankan banyakkan senarai hartanah yang hendak di jual. Listing bagaikan nyawa kepada perunding hartanah. Listing / senarai hartanah adalah produk kita sebagai perunding hartanah. Jika tiada produk, maka tiadalah aktiviti jualan. jika kita ada listing, kita boleh kongsikan pada rakan perunding hartanah sesama agensi yang kemungkinan sudah ada pelanggang yang sedia mencari. Ini akan cepatkan proses jualan kerana kemungkinan kita yang baru, belum ada permintaan daripada pelanggan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Listing?

Kita boleh dapatkan senarai hartanah dengan pelbagai cara. Cara paling senang dan percuma adalah memberitahu saudara atau kenalan kita tentang pekerjaan kita sebagai perunding hartanah. Dengan dunia teknologi yang serba pantas ini kita hanya perlu umumkan sahaja di facebook,whatsapp atau pesanan ringkasf  tentang skop kerja kita menguruskan jualan rumah. Antara cara kain adalah dengan melalui Cold-calling, surat khabar, landing page dan lain-lain lagi.

2) Berurusan Dengan Pemilik Hartanah 

Bila Kita sudah ada listing untuk di jual, bermakna kita mula berurusan dengan pemilik hartanah itu, ada beberapa perkara yang perlu kita buat untuk memastikan listing itu dapat di jual.

- Butiran Hartanah
Untuk mendapat butiran hartanah. Kita tidak perlu jumpa dengan pemilik. Minta sahaja pemilik whatsapp/ sms butiran tersebut. Tujuan butiran hartanah adalah untuk kita semak nilai hartanah semasa, dan membuat sedikit kajian tentang hartanah itu. Jika harga yang di minta untuk jual agak tinggi, kita perlu cadangkan harga yang sepatutnya pada tuan tanah. Ada beberapa faktor cepatkan jualan hartanah. Contohnya, harga, lokasi, dan jenis rumah. Jika kita rasa ada potensi untuk jual. Kita teruskan dengan membuat temujanji untuk pergi ke lokasi hartanah (inspection) .

- Melawat Hartanah ( inspection)

Tujuan kita melawat hartanah adalah untuk memastikan butiran yang diberikan adalah betul, untuk berunding dengan pemilik tentang harga, tanda tangan surat kebenaran jualan dan  mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan.

3) Mengiklankan Untuk Dapatkan Pembeli

Bila butiran sudah kita dapatkan dengan betul, harga sudah ditetapkan, gambar yang terbaik sudah ada. tiba masanya untuk iklankan. Perbagai cara iklan yang boleh kita lancarkan seperti facebook, instagram, surat khabar, mudah.my, iproperty, property guru , meletakkan papan jualan di dalam kawasan rumah dah pelbagai lagi.

4) Urusan Dengan Pembeli

Bila iklan tadi ada yang berminat, pembeli akan menghubungi kita. ada Beberapa soalan yang perlu di tanya kepada pembeli sebelum membawa pembeli melihat hartanah. Soalan ini bertujuan untuk memastikan pembeli serius dan kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang pembeli. Proses ini membantu pembeli dapatkan rumah yang sesuai selain jimatkan masa kedua belah pihak. antara soalan adalah :-

- Adakah  untuk rumah pertama atau ke berapa
( tujuan untuk mengetahui pengalaman belian hartanah)

- Rumah untuk di sewakan atau di duduki sendiri
( Lokasi untuk sewa dan kediaman mungkin berlainan keadaan)

- Alamat tempat kerja
(jarak yang sesuai dengan rumah)

- Jenis pembayaran, tunai atau pembiayaan
( untuk mengetahui cara pembiayaan, kerajaan atau bank).

5) Temujanji Untuk Melihat Hartanah (Viewing)

Bila kretiria menepati dengan jenis hartanah dan pemebeli berminat untuk viewing. kita tetapkan temujanji dengan pembeli. Semasa proses viewing, mungkin boleh ceritakan lebih terperinci mengenai hartanah tersebut. Dan kita juga boleh mendapatkan maklumat lebih banyak daripada pembeli.  Jika pembeli setuju dengan harga yang telah ditetapkan, proses sangat mudah. Tapi kebanyakan pembeli mesti datang dengan harganya sendiri. Bermulah proses rundingan harga. perunding hartanah memainkan peranan penting untuk memastikan kedua belah pihak berpuas hati. Surat perjanjian persetujuan beliaan akan ditanda tangani antara pembeli, pemilik dan perunding hartanah.

Begitulah proses skop kerja perunding hartanah. Urusan pinjaman dan guaman adalah urusan pembeli sendiri. Tetapi sudah jadi kebiasaan perunding hartanah akan bantu uruskan semua, untuk memastikan urusan belian hartanah berjalan dengan lancar dan cepat.










Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...