Monday, February 12, 2018

Apa Itu CO Agensi ?



Teks  & Gambar : Mimi Rahim

Apa itu Co Agensi ?
Untuk mereka yang bekerja sebagai perunding hartanah, mereka mungkin sudah tahu apa itu CO agensi . Tahu buka bermakna mereka  iaitu perunding hartanah tahu etika atau peraturan ber CO agensi. Co Agensi ialah Coloabrate antara perunding hartanah dalam sesama agensi atau boleh jadi berlainan agensi.


Kenapa CO Agensi berlaku?
Sebagai perunding hartanah yang mempunyai tangungjawab untuk menjual rumah, kita hendaklah menjual rumah pemilik dengan kadar segera. Kita akan iklankan di semua medium untuk mendapatkan pembeli. Bila ada seorang perunding hartanah lain kebetulan mencari rumah yang kita iklan kan, akan berlakunya kerjasama antara perunding hartanah bagi pihak pemilik hartanah dan perunding hartanah bagi pihak pembeli.


Begitulah sebaliknya, Jika kita mempunyai pembeli yang mencari unit rumah yang mereka nak di lokasi tertentu, dan pada masa itu kita sebagai perunding hartanah tidak memiliki senarai hartanah yang pembeli nak, oleh itu kita boleh mencari atau match kan unit yang di miliki oleh kawan perunding hartanah lain. Di situ akan ada pembahagian komisen

                                          Kami Tiga REN Berkerjama :)


Bagaimana Komisen Di Bahagikan?

Komisen atau fee di tetapkan bila mendapat persetujuan kedua belah pihak. Kebiasannya yang di amalkan ialah dibahagi sama rata, iaitu 50%-50%. Untuk memastikan kerjasama berjalan seperti yang di tetapkan. Perunding hartanah bagi pihak pembeli akan terlebih dahulu emailkan surat permohonan untuk view unit yang nak jual kepada agensi pihak owner dan agensi kepada pemilik akan membalas surat co agensi tanda setuju.

Sebagai perunding hartanah yang beratika, kita juga mesti tahu apa etika yang sebenar untuk bekerjasama antara perunding hartanah, nanti Kak Mie sambung dengan etika atau peraturan ber Co agensi yer ;).



Sunday, February 11, 2018

Bawa Client View Suri Puteri Apartment



Teks & Gambar : Mimi Rahim


Bila ada sahaja client request untuk view unit rumah yang Kak Mie iklankan, biasanya Kak Mie akan update dalam group whatsapp team. Ini kerana Kak Mie nak kawan-kawan team juga akan berusaha untuk dapatkan client untuk unit ini dan sama-sama bawa pada tarikh yang di tetapkan.

Sehari sebelum tarikh view kita dah kumpul client yang hendak view. Dan biasanya kita sebagai perunding hartanah tak akan bawa satu unit sahaja di apartment tersebut. Kita akan usahakan cari sekurang-kurangnya dua pilihan untuk pelanggang kita.

Hari ini Kak Mie bawa dua client untuk tengok tiga unit rumah di Apartment Suri Puteri Shah Alam. Semua tiga unit itu adalah unit coa partner yang punya. Coa partner bermaksud kawan perunding hartanah lain yang berurusan dengan tuan rumah tersebut, bukan Kak Mie yang berurusan dengan tuan rumah. Kak Mie hanya berurusan dengan pembeli. Bila berurusan dengan coa agensi partner, banyak etika yang kita kena jaga. Ada masa Kak Mie share etika ber coa agensi yer.

Jam 7.30 pagi Kak Mie dah gerak ke Shah Alam. Temu janji dengan pembeli sebenarnya jam 9am. Tapi bila viewing Kak Mie lebih selesa sampai awal, ambil angin kat lokasi itu dulu. Sampai di lokasi lebih kurang 8.10am, kebetulan betul-betul depan Apartment ada warong nasi lemak boleh lah pekena sarapan dulu bersama kawan yang turut serta dalam aktiviti viewing.

lebih kurang jam 9am pembeli tiba, Kak Mie bawa dulu pusing sekitar apartment dan tunjukkan kemudahan yang ada kat apartment itu. Apa yang best ka Suri Puteri adalah kerana surau nya sangat aktif, kalau kita tengok kat papan kenyataan depan surau, memang macam-macam aktiviti ada. Persekitaran apartment sangat bersih, nampak sangat dorang jaga elok. Untuk yang ada anak kecil sangat membantu kerana kat tingkat bawah ada tadika dan pra tahfiz. Senang hantar anak-anak.

Bila dah satle kat sekitar apartment, mula lah jelajah satu rumah  ke satu rumah. Setiap rumah ada keistimewaan masing-masing. Contohnya rumah pertama dah renovate siap, cuma ada sikit rosak pada lantai, rumah ke dua kosong tapi view cantik, rumah ke tiga paling besar.

Dah habis view mula sesi berbincang dengan pembeli, pembeli pertama suka dengan rumah pertama kerana jimat katanya ,terus boleh masuk. Pembeli ke dua suka rumah yang kosong sebab nak renovate cara sendiri. Lain orang lain citarasa kan.

Kak Mie dah terangkan cara pembelian dan kirakan semua kos yang terlibat pada pembeli. Sorang pembeli tak cukup cash, tapi sebenarnya jangan risau jika ada epf , Kak Mie akan cuba ejas mana yang boleh, janji pembeli kena clearkan pada perunding hartanah apa masalah yang difikirkan.
Merekaa balik dengan positif untuk beli, cuma ada beberapa perkara yang Kak Mie perlu letak pasa surat perjanjian jual beli sebelum mereka bayar booking. Ini adalah untuk secure client Kak Mie punya booking.

Lepas satle semua boleh lah balik golek-golek dengan anak-anak, beginilag kerja suri rumah perunding hartanah.



Saturday, February 10, 2018

Tugasan Kumpulan Di INSPEN



Teks & Gambar : Mimi Rahim



INSPEN ialah Institut Penilaian Negara, Pelajar separuh masa yang datang belajar di sini kebanyakan adalah perunding hartanah yang memang nampak hala tuju dalam bidang hartanah. Semua memang latar belakang dari bidang hartanah.

Memang bila semua cerita tentang hartanag seronok. Tapi bukan semua subjek berkaitan dengan jual beli tanah, contohnya akaun. Orang yang macam Kak Mie tak pernah ambik subjek akaun memang berasap lah kepala nak belajar dari asaskan.

Di INSPEN kita belajar macam biasa, cuma yang beza dari kelas sepenuh masa adalah untuk habiskan banyak topik dalam sehari. Itu yang bila kelas mula 9am ke 9 malam kita dah rasa berat sangat kepala.


Pensyarah akan adakan kuiz, dan juga test. Begitu juga dengan tugasan. Kita wajib hantar tugasan pada tarikh yang pensyarah bagi. Kak mie rasa untuk tugasan individu lagi ok sebab masing-masing buat kat rumah. Bila pensyarah bagi tugasan kumpulan, kita harus pandai bagi tugasan. Agak susah nak siapkan tugasab kumpulan sebab kami bukan tinggal satu kawasan kan. Tapi untuk mudahkan kita pilih kawan-kawan yang paling dekat dengan kita. Contoh yang tinggal di Putrajaya, Bangi, Kajang di satu group.

Biasanya pensyarah akan bagi tugasan yang ada kaitan dengan kerja kita sebagai perunding hartanah. Seronok juga tau, contoh untuk tugasan ekonomi Kak Mie kena buat kajian sikit tentang pasaran hartanah di putrajaya. Kak Mie pilih untuk kaji tentang pasaran hartanah jenis kedai. Sangat membantu kita untuk lebih mahir di kawasan yang kita jaga. Memang lah rasa susah sikit nak kaji semua, tapi bila kita minat akan jadi seronok..

Semua nya macam biasa jer bila belajar separuh masa ini, kawan-kawan semuanta jenis yang faham dan saling membantu. Cuma kita kena tau membahagi masa dengan betul supaya tiada yang akan tertinggal. Jika tertinggal kita juga yang susah nanti. Untuk yang ada niat nak sambung belajar, teruskan niat korang. 

Suasana Belajar Di INSPEN



Teks & Gambar : Mimi Rahim


Masa Kak Mie nak mohon belajar sehinggalah mula masuk belajar kat INSPEN, Kak Mie selalu google blog yang ada berkongsi cerita tentang INSPEN , Sebab rasa nak tahu suasana belajar kat INSPEN untuk pelajar separuh masa. Maklumlah dah lama tinggalkan kelas, tiba-tiba nak ada suasana belajarkan.

Jadi Kak Mie memang dah niat bila sambung belajar nanti nak share pengalaman belajar sebagai pelajar separuh masa, supaya korang tak der perasaan tertanya-tanya macam Kak Mie. Bermacam rasa termasuklah risau tal lulus.

Pertama sekali korang kena faham, kita belajar ni sebab nak lesen buka agensi hartanahkan. Ok korang mesti tetapkan matlamat betul-betul. Dan korang kena tau semua yang datang kat sini kebanyakan semua macam korang. Semua yang dah lama tinggalkan zaman belajar. Semua perunding hartanah macam korang. Tak payah risau sangat.

Dalam dewan korang akan selesa sangat bila pensyarah pun faham keadaan korang. Dia pun selalu ingatkan korang bukan nak datang belajar untuk hebat dalam mata pelajaran tu, korang hanya nak lulus dan dapatkan lesen. cool jer ok.

Tapi berasap jugalah sebab kelas mula dari 9am-9am, dengan korang yang dah lama tak asah otak untuk beru tumpuankan. Hari pertama Kak Mie kat kelas balik rumah terus pensan. Tapi berterusan sampai sekarang. Kelas setiap sabtu, so korang memang dah hilang sehari hari kerja bawa client view rumah. Semua view mesti set hari lain.

Hari ini ada kuiz, bila pensyaraah dah bagitau ada kuih dalam group whatsapp ramai lah yang datang, kalau tak kena buat kuiz sorang-sorang. faham-faham lah kalau buat kuiz sorang-sorang kan..Jangan risau terlebih, pensyarah pun selalu pesan datang jer kelas jangan skip. Macam kuiz tadi pensyarah dah bagi siap-siap apa yang perlu kita baca. Kak Mie belanja gambar dalam dewan kuliah hari ini.


Friday, February 9, 2018

Persiapan Melancong Ke Australia


Teks & Gambar : Mimi Rahim

Untuk melancong ke sesebuah negara kita perlu melakukan sedikit kaji selidik tentang negara yang kita nak melawat. Antara perkara asas yang wajib kita tau adalah masa yang sesuai untuk kita melawat, dan cara untuk masuk ke negara tersebut.

Dengan megetahui cara untuk masuk ke negara tersebut kita boleh sediakan apa yang perlu dan apa yang dilarang. Waktu yang sesuai untuk kita siap sedia dengan keperluaan mengikut kesesuaian cuaca pada waktu tersebut.

Beberapa Yang korang mesti tahu.

1) Syarat atau peraturan masuk Australia

Dengan tahu syarat-syarat yang ditetapkan, kita tahu apa yang perlu sediakan, comtohnya visa. Larangan bawak masuk sesetengah barangan, contohnya larangan ketat untuk produk tenusu dan biji benih. Korang jangan cuba seludut, kat airport anjing pengesan siap sedia tunggu korang.

2) Pilih Waktu atau Cuasa yang sesuai

Australia merupakan negara empat musim, korang boleh pilih musim yang macam mana korang suka. Kak Mie tak suka sangat cuaca terlalu sejuk. Dengan tahu cuaca atau suhu masa nak melawat, kita boleh sediakan pakaian yang sesuai.

3) Pilih Lokasi

Pilih tempat yang korang nak pergi, contohnya nak melawat ibu negara Australia, Nak damai-damai kat tepi pantai atau nak tempat yang macam mana, apa yang korang nak pergi tengok tu. Sebab korang tak boleh nak habiskan dalam seminggu semua tempat kat Australia. Kak Mie pilih Gold Coast sebab nak bawak anak ke taman tema, Gold Coast memang meriah dengan tama tema.



4) Booking Tiket penerbangan

Bila dah pilih part mana yang korang nak pergi kat Australia, boleh lah beli tiket. Tiket penerbangan beli awal labih murah. Jangan macam Kak Mie seminggu nak pergi baru beli, sebab memang tak plan pun. Rasa macam nak g port dickson jer pun... terbeli tiket Gold Cost hahahaha. Dah kecut perut nak tunggu VISA siap.

5) Booking Hotel
Boleh lah booking hotel mengikut kapasiti yang korang bawak mengikut memampuan . Banyak laman web yang menawarkan pilihan hotel. Yang penting pilih hotel di lokasi yang korang rasa selesa. Macam Kak Mie akan google lokasi yang paling ramai orang pergi dan senang cari makanan halal.

6) Jadual Perjalanan
Tiket dah ada boleh lah buat jadual perjalanan semasa berada di sana. Bermula dari tiba di airport hingga balik semula ke Airport. Jadual perjalanan membantu kita untuk tidak buang masa dengan perkara yang sia-sia kat sana. Ialahkan bukan kita selalu nak kesana. tanpa jadual perjalanan mungkin kita hanya tidur sahaja kat hotel dan hanya jalan-jalan sekitar hotel. Nanti Kak Mie share lagi yer kenapa perlu adanya jadual perjalanan dan cara nak buat. Buat jadual perjalanan mengikut budget korang, kat mana korang nak pergi.

7) Pengangkutan
Bila korang dah buat jadual perjalanan, korang mesti tahu pengangkutan apa yang sesuai semasa berada di sana. Kak Mie bawak 9 orang sekeluarga,mak, adik, pembantu rumah, empat di antara nya adalah anak-anak kecil Kak Mie. jarak perjalanan antara lokasi pula jauh, terpaksa sewa van panjang. Dan korang kena tahu syarat untuk kanak-kanak bawah enam tahun mesti guna car seat dalam kereta. Kalau tak kena saman ok.... Terpaksa cari van yang ada sediakan car seat. Bertambah lah kos kami.

8) Peralatan Yang Nak Bawa
Senaraikan apa yang korang rasa perlu untuk bawa di sana. Contonya untuk yang ada anak kecil macam Kak Mie, mesti ada stroller yang senag bawa. Ubat-ubatan, pakaian yang sesuai, makanan sampingan yang ada kat sana, dan duit untuk shopping jangan di lupo.. :)


Cara Cepat Luluskan Visa Pembantu Rumah Filipina Ke Australia




Teks & Gambar : Mimi Rahim


Cara untuk masuk ke sesebuah negara berlainan, Setiap negara ada peraturan yang kerejaan mereka sudah tetapkan. Jadi sebelum tergopoh beli tiket, dan sebagainya, google dulu syarat untuk masuk ke nagara yang kita nak melawat tu. ada negara yang tidak memerlukan visa. Sebagai rakyat malaysia, kita hanya perlu memohon visa secara online sahaja. Kos setiap visa hanya RM20, jangka siap biasanya dalam tempoh tiga hari. Paling awal sehari.

Kak Mie ingatkan cara permohonan visa untuk pembantu rumah Kak Mie warga Filipina juga adalah sama. Lain yer korang.... Untuk memohon visa mereka, majikan dan pembantu mesti pergi ke Department of Immigration and Border Protection Australian High Commission, Kuala Lumpur yang terletak di Wisma MCA Jalan Ampang. 

Kak Mie share entri ini supaya tak buang masa korang, Memandangkan Kak Mie dah ada pengalaman siapkan VISA pembantu rumah Kak Mie. Kak Mie bernasib baik masa itu jumpa dengan staf sana yang sangat baik. Dia bagitau cara yang betul untuk cepatkan proses. Tapi Dia cakap belum tentu dapat sebab Kak Mie hanya ada tiga hari ke tarikh penerbangan sedangkan sebelum ini paling awal Visa siap adalah dalam tempoh 10 hari. 

Tapi Kak Mie tawakal sahaja, dah lah kos visa dorang RM600 yer...ok Kak Mie senaraikan dokumen yang korang kena sediakan :-

1) Isi Borang dengan lengkap ( bukan borang untuk melawat yer, borang sebagai past pekerja, sebab mereka masuk untuk jadi pekerja kepada kita)
2) Passport pemohon
3) Agreement kerja antara majikan dan pembantu rumah ( dorang nak tengok betul ke bekerja dengan kita) 
4) ic majikan
5) penyata gaji majikan
6) Bank statement majikan ( nak tengok kita mampu untuk tanggung kos kat sana)
7) Tiket pergi balik
8) hotel Booking'
7) Kalau ada bukti car rental booking lagi bagus
8) Buatkan surat rasmi kenapa kita perlu bawa pembantu ke sana. ( ini yang di sarankan oleh staf kat sana)

sebelum balik rumah sempat bagitau staf tolong lah saya ,hihi dorang selamba jawab. biasa 10 hari puan.... lagi kecut Kak Mie dengar. Dah terbayang macam mana nak heret anak-anak kecil empat orang tanpa pembantu dengan maid pula buat muka sedih lagi. Tinggi harapan dia nak melawat negara orang.

Balik rumah Kak Mie tak duk diam tau, Bukan hanya berserah. Kak Mie email mereka setiap setengah jam sekali hahahhaha, Korang kena tau untuk urusan visa hanya melalui email. Sehingga lah hari ke tiga dorang call, " Puan please jangan email lagi, VISA dah lulus." hihihi 

Kesimpulannya kita jangan berserah sebelum penamat, usaha berserta tawakal, doa sudah pastilah kan... So kami semua berlepas ke Autralia dengan tenang. Alhamdulillah.....




Visa Ke Australia

Teks & Gambar : Mimi Rahim

Bila kita merancang untuk melancong ke sesebuah negara, apa yang kita patut tahu adalah peraturan di negara yang hendak kita lawati. Lain negara lain peraturan yang mereka tetapkan. Kita perlu tahu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Boleh jadi niat nak tengok negara orang tak tercapai.

Kak Mie nak share pengalaman Kak Mie untuk melawat Australia nyaris-nyaris kerugian besar, apa tidaknya, dah beli tiket flight pergi balik sekelurga , dah booking hotel , dah booking kereta sewa selama kat sana. Tapi apa yang Kak Mie tak buat adalah Apply visa.

Sebenarnya utk apply visa hanya ambil masa 3 hari bekerja untuk rakyat Malaysia, paling cepat dalam masa 24jam dah boleh lulus. Tapi yang jadi kecut perut kerana jarak masa beli tiket ke tarikh penerbangan hanya seminggu, buat nya tak kecut perut. Tolak sabtu ahad hanya tinggal lima hari dengan tarikh penerbangan. Visa juga hanya perlu mohon secara online, Ini link untuk korang mohon visa https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas# .

Yang paling teruk bila dapat tahu visa maid Filipina tidak boleh mohon secara online, Kalau korang nak apply visa untuk maid, korang kena pergi ke Department of Immigration and Border Protection
Australian High Commission, Kuala Lumpur. Nak kena bawa maid sekali. Bila pergi sana mereka kat sana bagitau paling cepat masa untuk visa lulus adalah tiga minggu bekerja dan bayaran untuk mohon visa adalah RM600. Jauh beza dengan kita rakyat malaysia hanya RM20.

Korang tau tak Kak Mie beranikan diri mohon juga, sebab tengok kesian kat maid punya lah dia semangat nak pergi australia walaupun pekerja kat sana memang tak boleh nak gerenti apa-apa sebab semua keputusan melibatkan kerajaan australia dan filipina. Dorang siap bagitau sedia jika tiket flight burn macam tu jer. 

Alhamdulillah visa maid siap dalam masa tiga hari, Kak Mie akan shara apa yang Kak Mie buat untuk cepatkan visa siap. Tapi kan Kak Mie nak pesan jangan lah buat kerja macam ni yer. Boleh buat naik darah tau, menanti visa sampai tak lena tidur. Buat nya visa ada masalah, rugi besar dan melopong nak melancong bersama keluarga. Bayangkan anak-anak pun dah mimpi kanggaroo hihihi





Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...