Friday, December 22, 2017

Matlamat Kerjaya Perunding Hartanah Suri Rumah


Teks: Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim

Sebagai suri rumah, kita juga mesti ada matlamat yang jelas. Dan matlamat utama suri rumah bukan sahaja memastikan anak-anak makan dengan cukup dan selamat. Kita ada perjanjian atau tanggungjawab yang besar dengan pencipta untuk memastikan anak-anak berjaya dunia & akhirat. Setiap langkah di susun untuk pastikan matlamat tercapai. Namun kita hanya mampu berusaha dan rancang yang terbaik, selebihnya berserah pada Allah SWT.

Dalam kerjaya pula, bila kita betul-betul minat dah serius dalam bidang yang kita ceburi. Kita semestinya mempunyai matlamat untuk masa singkat dan matlamat masa panjang. Seperti yang Kak Mie pernah share dalam entri Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah . Pada mulanya Kak Mie masuk dalam agensi untuk menjadi perunding hartanah supaya Kak Mie dapat ilmu mendalam dalam bidang hartanah. Tapi bila kali pertama dapat komisen, rasa kerjaya ini sebenarnya sangat menarik lebih dari yang Kak Mie jangkakan. Jadi bermulalah matlamat untuk dapat pendapatan tetap dalam bidang ini. 

Bila kali pertama dapat komisen, Kak Mie rasakan kerjaya ini sangat menarik lebih dari yang kita jangkakan. Pembahagian peratusan Pendapatan Perunding Hartanah akan meningkat mengikut jumlah jualan. walau bagaimana komisen tetap berbaloi. Cabaran semasa awal-awal adalah untuk mengekalkan pendapatan secara konsisten, Dan semestiya Kak Mie target untuk anugerah kutipan sales terbanyak kan.... baru lebih semangat. Bila jualan banyak... komisyen juga banyak lah. 



Bila jualan meningkat peratusan pembahagian antara perunding hartanah dengan agensi akan meningkat. Jika agensi nampak kita berkebolehan, kita akan di tawarkan sebagai Group Menager. Contohnya kalau dari awal kita dapat 60% dari komisen, mungkin akan meningkat ke 85%. Kita bukan sahaja dapat mengumpul personal komisen dengan lebih banyak. Kita juga ada overiding dari anak-anak buah. Jika korang nak bermula, cuba target untuk join sebagai group menager dengan cepat supaya peratusan komisyen meningkat. Berbaloi lah dengan kerja kita.

Sebagai group manager pula kita mempunya matlamat untuk tolong semua ahli group mendapat pendapatan yang mereka target. Sekali gus kita akan mendapat penganugerahan group terbaik dalam agensi. Dengan pencapaian ini akan meningkatkan lagi semangat bekerja sesama perunding hartanah. Tapi Skop Kerja Group Manager Suri Rumah Perunding Hartanah lebih mencabar.

Matlamat seterusnya sebagai perunding hartanah adalah untuk membuka agensi hartanah sendiri, untuk membuka agensi kita mesti mempunyai lesen sijil agensi harta tanah. Tapi ada jer yang berniaga dengan menyewa lesen orang lain. Namun dengan status suru rumah, untuk menguruskan agensi bukanlah mudah. Bayangkan kita nak menjaga perunding hartanah yang datang dari latar belakang berlainan. 

Matlamat Kak Mie seterusnya adalah sambung belajar untuk mendapatkan sijil hartanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN) . Nak buka atau tidak agensi kita boleh fikirkan kemudian. Yang penting bila tamat pengajian, kita layak dapat 100% komisen. Kita mungkin juga boleh cari partner yang berminat untuk buka agensi dengan menggunakan lesen kita. Seronok bila kita tahu matlamat kita menceburi bidang hartanah ini. 

Sebagai perunding hartanah yang beragama islam, kita mempunyai matlamat untuk membantu lebih ramai rakan satu bangsa dan seagama untuk sedar tentang pelaburan dalam hartanah. Kak Mie lebih suka memberi kesedaran kepada suri rumah seperti Kak Mie untuk memahami lebih mendalam dalam hartanah supaya hidup lebih terjamin.

Sekian.





Thursday, December 21, 2017

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH



Teks      : Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim

Ramai yang berminat untuk menceburi pekerjaan sebagai perunding hartanah. Tapi mereka kurang jelas dan merasakan pekerjaan perunding hartanah adalah untuk golongan tertentu sahaja . Selain dari pendapatan perunding hartanah, soalan lazim yang di ajukan kepada Kak Mie Adalah skop kerja perunding hartanah.

Perunding hartanah adalah orang tengah yang menguruskan sewa, jual , atau belian hartanah antara pembeli dengan tuan rumah, atau penyewa dengan tuan rumah. Cara rundingan akan lebih matang dari satu kes rundingan ke rundingan yang seterusnya. makin lama dalam bidang hartanah, makin banyak pengalaman.

Untuk menjadi perunding hartanah, kita mestilah berdaftar dengan agensi hartanah. Jika berminat boleh hubungi Kak mie untuk menyertai kami. Cuma kami ada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh agensi dan kumpulan Property sisters.


 Kak Mie huraikan empat tugas utama sebagai perunding hartanah

1) Memiliki Senarai Hartanah Yang hendak di jual (Listing)

Permulaan sebagai perunding hartanah. Di sarankan banyakkan senarai hartanah yang hendak di jual. Listing bagaikan nyawa kepada perunding hartanah. Listing / senarai hartanah adalah produk kita sebagai perunding hartanah. Jika tiada produk, maka tiadalah aktiviti jualan. jika kita ada listing, kita boleh kongsikan pada rakan perunding hartanah sesama agensi yang kemungkinan sudah ada pelanggang yang sedia mencari. Ini akan cepatkan proses jualan kerana kemungkinan kita yang baru, belum ada permintaan daripada pelanggan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Listing?

Kita boleh dapatkan senarai hartanah dengan pelbagai cara. Cara paling senang dan percuma adalah memberitahu saudara atau kenalan kita tentang pekerjaan kita sebagai perunding hartanah. Dengan dunia teknologi yang serba pantas ini kita hanya perlu umumkan sahaja di facebook,whatsapp atau pesanan ringkasf  tentang skop kerja kita menguruskan jualan rumah. Antara cara kain adalah dengan melalui Cold-calling, surat khabar, landing page dan lain-lain lagi.

2) Berurusan Dengan Pemilik Hartanah 

Bila Kita sudah ada listing untuk di jual, bermakna kita mula berurusan dengan pemilik hartanah itu, ada beberapa perkara yang perlu kita buat untuk memastikan listing itu dapat di jual.

- Butiran Hartanah
Untuk mendapat butiran hartanah. Kita tidak perlu jumpa dengan pemilik. Minta sahaja pemilik whatsapp/ sms butiran tersebut. Tujuan butiran hartanah adalah untuk kita semak nilai hartanah semasa, dan membuat sedikit kajian tentang hartanah itu. Jika harga yang di minta untuk jual agak tinggi, kita perlu cadangkan harga yang sepatutnya pada tuan tanah. Ada beberapa faktor cepatkan jualan hartanah. Contohnya, harga, lokasi, dan jenis rumah. Jika kita rasa ada potensi untuk jual. Kita teruskan dengan membuat temujanji untuk pergi ke lokasi hartanah (inspection) .

- Melawat Hartanah ( inspection)

Tujuan kita melawat hartanah adalah untuk memastikan butiran yang diberikan adalah betul, untuk berunding dengan pemilik tentang harga, tanda tangan surat kebenaran jualan dan  mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan.

3) Mengiklankan Untuk Dapatkan Pembeli

Bila butiran sudah kita dapatkan dengan betul, harga sudah ditetapkan, gambar yang terbaik sudah ada. tiba masanya untuk iklankan. Perbagai cara iklan yang boleh kita lancarkan seperti facebook, instagram, surat khabar, mudah.my, iproperty, property guru , meletakkan papan jualan di dalam kawasan rumah dah pelbagai lagi.

4) Urusan Dengan Pembeli

Bila iklan tadi ada yang berminat, pembeli akan menghubungi kita. ada Beberapa soalan yang perlu di tanya kepada pembeli sebelum membawa pembeli melihat hartanah. Soalan ini bertujuan untuk memastikan pembeli serius dan kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang pembeli. Proses ini membantu pembeli dapatkan rumah yang sesuai selain jimatkan masa kedua belah pihak. antara soalan adalah :-

- Adakah  untuk rumah pertama atau ke berapa
( tujuan untuk mengetahui pengalaman belian hartanah)

- Rumah untuk di sewakan atau di duduki sendiri
( Lokasi untuk sewa dan kediaman mungkin berlainan keadaan)

- Alamat tempat kerja
(jarak yang sesuai dengan rumah)

- Jenis pembayaran, tunai atau pembiayaan
( untuk mengetahui cara pembiayaan, kerajaan atau bank).

5) Temujanji Untuk Melihat Hartanah (Viewing)

Bila kretiria menepati dengan jenis hartanah dan pemebeli berminat untuk viewing. kita tetapkan temujanji dengan pembeli. Semasa proses viewing, mungkin boleh ceritakan lebih terperinci mengenai hartanah tersebut. Dan kita juga boleh mendapatkan maklumat lebih banyak daripada pembeli.  Jika pembeli setuju dengan harga yang telah ditetapkan, proses sangat mudah. Tapi kebanyakan pembeli mesti datang dengan harganya sendiri. Bermulah proses rundingan harga. perunding hartanah memainkan peranan penting untuk memastikan kedua belah pihak berpuas hati. Surat perjanjian persetujuan beliaan akan ditanda tangani antara pembeli, pemilik dan perunding hartanah.

Begitulah proses skop kerja perunding hartanah. Urusan pinjaman dan guaman adalah urusan pembeli sendiri. Tetapi sudah jadi kebiasaan perunding hartanah akan bantu uruskan semua, untuk memastikan urusan belian hartanah berjalan dengan lancar dan cepat.










Tuesday, November 21, 2017

Jadual Harian Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah



Teks : Mimi Rahim


Bila dah suri rumah, masa seharian semestinya dihabiskan di rumah. Berbeza dengan wanita yang bekerja. Jika mereka bekerja di pejabat, masa di pejabat kebiasaannya tidak kurang dari lapan jam sehari dan dua jam masa perjalanan pergi dan balik. mungkin berbeza dengan mereka yang melakukan perniagaan sendiri atau kerja sendiri. Ada yang kurang lapan jam atau kerja hingga ke malam.

Kak Mie gembira untuk kongsikan jadual kerjaya Kak Mie sebagai perunding hartanah yang Kak Mie rasa boleh selit-selit jer sambil lakukan kerja rumah tanpa menganggu kerja hakiki kita sebagai ibu dan isteri. Buat pengetahuan korang, Kak Mie juga adalah group manager kepada sekumpulan rakan hartanah. Dan mereka semua adalah suri rumah seperti Kak Mie.

Tugas harian Kak Mie sama sahaja seperti suri rumah lain, mengemas, memasak, uruskan anak sekolah, dan juga sebagai isteri. Cuma tugas mungkin lebih ringgan kerana suami sediakan pembantu rumah untuk membantu Kak Mie. Sempat lah selit jadual ke kelas mengaji untuk makanan jiwa dan ke gym riadah bersama kawan-kawan. Alhamdulillah.....

Tugas Kak Mie bermula seawal jam lima pagi. Bermula dengan menghambakan diri kepada pencipta untuk kesejahteraan diri dan keluarga. Sebelum anak-anak bangun senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari itu. Jam tujuh ke lapan pagi Kak Mie bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Kebiasaannya jam 9 pagi Kak Mie dah sedia untuk mula aktiviti sebagai perunding hartanah. Kak Mie memang gunakan masa dari jam 9 pagi ke 12.30 tengah hari sebaiknya untuk kerja hartanah. Kerana masa ini anak-anak berada di sekolah. Kak Mie dah tetapkan perkara yang perlu dilakukan dari isnin ke ahad.

Hari isnin masa untuk Kak Mie follow up client & iklan kan hartanah, selasa dan rabu untuk Kak Mie cari stok hartanah baru, iaitu hartanah yang hendak di jual. khamis semak iklan untuk di iklan kan lagi. Jumaat masa untuk tetapkan temujanji dengan pelanggan. Kak mie hanya pilih sehari sahaja antara sabtu dan ahad untuk keluar jalankan aktiviti hartanah. Jila sabtu keluar bekerja, ahad sepenuhnya masa untuk anak-anak.

Berbalik kepada sambungan rutin harian Kak Mie. Bila dekat jam satu, kmie  pecut ambil Qisya kat sekolah. Balik bergendang kejab dengan periuk belangga, alahhh masak simple jer. Anak-anak masih kecil, masih belum ada citarasa yang tertentu. Kadang bibik goreng jer ayam denga kicap. hihi. Qisya biasanya akan tidur waktu selepas zohor. Masa ni kita ambil lah peluang rehat kejab. Tapi biasanya ada jer kerja rumah yang nak kena buat.

Selepas asar, lagi sekali lakukan tugas seorang supir, ambil Kakak Qaleesya dan abang habib. Bila dah balik dua orang budak ini. Memang riuh rendah rumah. Ada sahaja aktiviti mereka. Macam-macam eksperimen yang mereka lakukan. Rumah macam kapal pecah kejab.

                                           Jommmm balikkkkkkk- anak pulang dari sekolah maisng-masing.

Sebelum magrib Kak Mie dah arahkan anak-anak siap sedia untuk solat. Alhamdulillah Qaleesya cecah jer umur dia enam tahun dah tak tinggal solat. Habib macam biasalah, tak cukup umur lagi katanya.

Antara magrib dan isyak, Kak Mie cuba disiplinkan anak untuk mengaji.Boleh lah bantu diri kita juga kan.  Selepas itu sambung tolong anak-anak  siapkan kerja sekolah. Jam 10 Kak Mie memang paksa mereka untuk tidur. Kak Mie juga arahkan diri sendiri tidur waktu yang sama supaya mendapat tidur yang cukup dan bangun dengan segar hari esoknya.

Begitulah rutin harian Kak Mie sebagai suri rumah perunding hartanah. Tidak banyak beza dengan suri rumah yang lain. Cuma mungkin berbeza dengan terselit aktiviti hartanah. Dan sehari dalam seminggu masa untuk Kak Mie jumpa pelanggan. Mungkin ada suri yang suka selitkan dengan sinetron atau drama tv.

Kak Mie cuba sudaya yang boleh untuk ikut jadual harian yang ditetapkan supaya kerja hakiki sebagai suri rumah berjalan dengan biasa dan kerja yang Kak Mie anggap sebagai passion dapat Kak Mie lakukan. Kadang ada juga jadual terganggu. Contohnya hilang slot mengaji hihi. Biasalah kita manusia biasa yang sentiasa lemah. Hanya Allah SAW yang maha sempurna.

Sekian, Salam Sayang.





Sunday, November 19, 2017

BERMULA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH



teks       : Mimi Rahim
gambar : Mingguan wanita





Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Bidang perunding hartanah adalah bidang yang melibatkan servis. Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah passion dan ilmu dalam bidang itu.


Bila orang tanya macam mana suri rumah boleh terlibat dalam bidang hartanah. Kak mie susah nak mula cerita dari mana. Mungkin lepas ini Kak Mie boleh share sahaja link artikel ini. Perkara yang biasa mungkin terjebak kerana belajar dalam bidang ini, pengaruh kawan, kerana komisyen yang menarik atau kerana minat yang ada.

Dengan beberapa penyebab di atas Kak Mie mula buat posmotem sebab utama Kak Mie terlibat.
Ini cerita zaman remaja Kak Mie, suka ikut Ma (Ma panggilan ibu Kak Mie) jalan-jalan pusing kampung, kami suka tengok pelbagai jenis rekaan rumah & bila ada sahaja binaan rumah yang sedang di bina, mesti pergi tengok. Di tambah pula dengan atuk nenek Kak Mie juga yang suka jenis beli tanah, dia selalu cerita tentang dulu beli hartanah RM200 sekarang 200k. Rm200 tu zaman zaman jepun yer. Apa yang Kak Mie Nak sampaikan adalah atuk selalu cerita tentang untung beli tanah atau hartanah lain. Masa tu dah best dengar. Cuma ilmu mendalam belum ada, sekadar cerita tentang harga tanah yang sentiasa meningkat.

Selepas tamat belajar, Kak Mie bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota. Juga melibatkan servis, iaitu memasarkan produk bank dan menguruskan pinjaman pelanggan. Sempat cedok pengalaman selama dua tahun. Kak Mie buat keputusan untuk berhenti menjadi suri rumah sepenuh masa.

Mungkin suri lain suka pergi ke kelas memasak, tapi lain pula dengan Kak Mie. Kak suka ke kelas hartanah. Tertarik ke arah itu mungkin sebab minat. Jadi faham lah kan, Memasak bukan minat Kak Mie, hihi.

Bermula sekadar menambah ilmu dalam bidang hartanah dan untuk membantu suami melabur dengan betul dan aktif adalah niat awalnya. Sehingga lah di satu kelas hartanah, ada slot tentang kerjaya sebagai perunding hartanah.

Dalam kelas tersebut menerangkan tentang skop kerja perunding hartanah. Kak Mie rasa perunding hartanah adalah orang penting dalam pelaburan hartanah. Sangat tertarik dengan skop kerja dari pemilihan hartanah hingga kepada urusan guaman. Dalam fikiran masa itu, bila kita jadi perunding hartanah kita boleh tahu segalanya tentang hartanah. Termasuk pasaran hartanah.

Bila borak dengan suami atau sahabat terdekat, seronok bila cerita tentang hartanah. Kak Mie mula perasan passion dalam ini sangat kuat. Selepas itu Kak Mie mula melibatkan diri dalam bidang hartanah dengan mendaftarkan diri dalam sebuah agensi hartanah di Shah Alam.

Mungkin ramai yang memceburi bidang hartanah kerana tertarik dengan pendapatan yang lumayan. Tapi Kak Mie masa itu, tak fikir lagi tentang pendapatan, hanya fikir best nya dapat ilmu nanti. Dapat tahu lokasi hartanah yang menarik.

Bila dapat komisyen yang pertama, wowww. Sangat teruja. Masa itu bukan buat betul-betul pun. Perasaan tamak mula datang hihi. Kak Mie fikir kalau aku buat betul-betul mesti meletop ni. NAk tahu tak Pendapatan Suri Rumah Perunding Hartanah ?? . Insyallah dalam entri yang lain yer.
Dalam masa yang sama Kak Mie mula niat untuk kongsi pengalaman tentang kerjaya yang menarik ini kepada suri rumah seperti Kak Mie.

Ramai yang berpendapat kerjaya dalam bidang hartanah ini untuk bangsa tertentu atau golongan tertentu sahaja. Mereka takut untuk terjun secara serius. Mungkin juga takut  melibatkan urusan transaksi ratusan atau jutaan ringgit. Yang paling ramai, mereka tidak tahu Bagaimana Untuk  Menjadi Perunding Hartanah.

Tujuan Kak Mie wujudkan blog ini adalah ingin kongsikan pengalaman Kak Mie sebagai suri rumah perunding hartanah. Semuanya tentang kerjaya perunding hartanah. Harap Dapat dapat menjawab soalan tentang bagaimana Kak Mie bermula. omputeh cakap All about Passion.
Sekian.


Wednesday, November 8, 2017

BERKENALAN DENGAN SAYA


Teks  dan gambar : Mimi Rahim







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat yang saya hormati semua. Salam sayang untuk yang mengenali saya ;) dan salam  perkenalan buat sahabat baru.

Izinkan saya perkenalkan diri, Nama penuh saya adalah Nur Mimi Izzati Rahim. Lebih di kenali sebagai Mimi Rahim, tapi saya selesa kawan-kawan panggil Kak Mie jer. Memandangkan itu panggilan kasih sayang dari bonda dan keluarga di rumah. Berasal dari Pasir Mas Kelantan Dan Sekarang Menetap Di Selangor.

Kak Mie Merupakan lepasan pelajar jurusan kejuruteraan. Tapi tercampak bekerja di sebuah bank di ibu kota sejurus menamatkan pengajian. Kak Mie sempat menimba pengalaman berurusan dalam sektor perbankan, iaitu menguruskan pinjaman pelanggan di bank selama dua tahun sebelum menamatkan zaman bujang :).

Selepas berumah tangga, Kak Mie membuat keputusan untuk fokus jadi suri rumah sepenuh masa. Kerana Kak Mie ada matlamat penting untuk anak-anak Kak Mie. Matlamat  untuk menjaga harta yang Allah anugerahkan ini dengan sebaiknya. Insyaallah menjadi harta yang paling berguna untuk Kak Mie dan suami Di Akhirat nanti.

Tapi di sebabkan ada genetik Cik siti wan kembang dalam badan, sel - sel otak ligat berhubung. Kak Mie terfikir untuk bekerja dari rumah, janji anak dapat membesar depan mata kan. Macam-macam pernah jual, termasuklah produk kesihatan & wanita. Tapi Rasa macam tak kena dengan jiwa. Jadi kejab lah urusan jual beli berlaku, haha.

Selain  melancong ke luar negara untuk melihat kebesaran Allah dan budaya masyarakat luar. Kak Mie suka menghabiskan masa baca blog travel, kekeluargaan, dan juga bacaan tentang pelaburan hartanah. Kak Mie juga banyak hadir ke kelas "parenting" dan kelas pelaburan hartanah di sekitar ibu kota.

Dari Awal, Niat Kak Mie baca dan Pergi Ke kelas pelaburan hartanah adalah untuk bantu suami melabur dalam bidang hartanah secara aktif. Tapi ada satu kelas yang Kak Mie hadir, mereka kongsi tentang perunding hartanah. Dan perunding hartanah salah seorang yang terpenting dalam pelaburan hartanah.

Masa itu lah muncul minat Kak Mie untuk Menceburi bidang perunding hartanah secara serius. Bermula lah kerjaya Kak Mie Sebagai suri Rumah Perunding Hartanah. Pengalaman Kak Mie Dalam bidang perbankan juga banyak membantu Kak Mie dalam kerjaya perunding hartanah. Di Dalam entri seterusnya insyallah Kak Mie akan Kongsikan kenapa Kak Mie gelarkan Diri Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah Dan Bagaimana Bermula Bebagai Perunding Hartanah dengan lebih jelas.

Sepanjang penglibatan kak mie sebagai perunding hartanah. Ramai yang bertanyakan soalan-soalan tentang pekerjaan Kak Mie dan juga tentang pelaburan hartanah. Matlamat Kak Mie menulis di blog adalah ingin berkongsi tentang tugasan harian kak mie sebagai  isteri dan ibu kepada empat cahaya mata yang berkecimpung dalam bidang hartanah dan memudahkan kawan-kawan untuk mendalami bidang yang Kak Mie rasa sangat menarik ini.
.
Kak Mie rasa bidang ini memberi kesedaran kepada Kak Mie tentang tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk berjuang memiliki hartanah di bumi Malaysia. Supaya tidak jadi BUMI YANG DI PIJAK KINI MILIK ORANG.

Insyaallah selain bidang hartanah, Kak Mie kongsikan Tips Melancong Ke Luar Negara sebagai panduan kawan-kawan untuk melancong dengan gembira dan selamat. Semoga setiap entri perkongsian Kak Mie mendapat menafaat.


Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Tiga perkara di atas adalah matlamat kehidupan kita bersama,

Salam Sayang.
Mimi Rahim




Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...