Wednesday, November 8, 2017

BERKENALAN DENGAN SAYA


Teks  dan gambar : Mimi Rahim







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat yang saya hormati semua. Salam sayang untuk yang mengenali saya ;) dan salam  perkenalan buat sahabat baru.

Izinkan saya perkenalkan diri, Nama penuh saya adalah Nur Mimi Izzati Rahim. Lebih di kenali sebagai Mimi Rahim, tapi saya selesa kawan-kawan panggil Kak Mie jer. Memandangkan itu panggilan kasih sayang dari bonda dan keluarga di rumah. Berasal dari Pasir Mas Kelantan Dan Sekarang Menetap Di Selangor.

Kak Mie Merupakan lepasan pelajar jurusan kejuruteraan. Tapi tercampak bekerja di sebuah bank di ibu kota sejurus menamatkan pengajian. Kak Mie sempat menimba pengalaman berurusan dalam sektor perbankan, iaitu menguruskan pinjaman pelanggan di bank selama dua tahun sebelum menamatkan zaman bujang :).

Selepas berumah tangga, Kak Mie membuat keputusan untuk fokus jadi suri rumah sepenuh masa. Kerana Kak Mie ada matlamat penting untuk anak-anak Kak Mie. Matlamat  untuk menjaga harta yang Allah anugerahkan ini dengan sebaiknya. Insyaallah menjadi harta yang paling berguna untuk Kak Mie dan suami Di Akhirat nanti.

Tapi di sebabkan ada genetik Cik siti wan kembang dalam badan, sel - sel otak ligat berhubung. Kak Mie terfikir untuk bekerja dari rumah, janji anak dapat membesar depan mata kan. Macam-macam pernah jual, termasuklah produk kesihatan & wanita. Tapi Rasa macam tak kena dengan jiwa. Jadi kejab lah urusan jual beli berlaku, haha.

Selain  melancong ke luar negara untuk melihat kebesaran Allah dan budaya masyarakat luar. Kak Mie suka menghabiskan masa baca blog travel, kekeluargaan, dan juga bacaan tentang pelaburan hartanah. Kak Mie juga banyak hadir ke kelas "parenting" dan kelas pelaburan hartanah di sekitar ibu kota.

Dari Awal, Niat Kak Mie baca dan Pergi Ke kelas pelaburan hartanah adalah untuk bantu suami melabur dalam bidang hartanah secara aktif. Tapi ada satu kelas yang Kak Mie hadir, mereka kongsi tentang perunding hartanah. Dan perunding hartanah salah seorang yang terpenting dalam pelaburan hartanah.

Masa itu lah muncul minat Kak Mie untuk Menceburi bidang perunding hartanah secara serius. Bermula lah kerjaya Kak Mie Sebagai suri Rumah Perunding Hartanah. Pengalaman Kak Mie Dalam bidang perbankan juga banyak membantu Kak Mie dalam kerjaya perunding hartanah. Di Dalam entri seterusnya insyallah Kak Mie akan Kongsikan kenapa Kak Mie gelarkan Diri Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah Dan Bagaimana Bermula Bebagai Perunding Hartanah dengan lebih jelas.

Sepanjang penglibatan kak mie sebagai perunding hartanah. Ramai yang bertanyakan soalan-soalan tentang pekerjaan Kak Mie dan juga tentang pelaburan hartanah. Matlamat Kak Mie menulis di blog adalah ingin berkongsi tentang tugasan harian kak mie sebagai  isteri dan ibu kepada empat cahaya mata yang berkecimpung dalam bidang hartanah dan memudahkan kawan-kawan untuk mendalami bidang yang Kak Mie rasa sangat menarik ini.
.
Kak Mie rasa bidang ini memberi kesedaran kepada Kak Mie tentang tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk berjuang memiliki hartanah di bumi Malaysia. Supaya tidak jadi BUMI YANG DI PIJAK KINI MILIK ORANG.

Insyaallah selain bidang hartanah, Kak Mie kongsikan Tips Melancong Ke Luar Negara sebagai panduan kawan-kawan untuk melancong dengan gembira dan selamat. Semoga setiap entri perkongsian Kak Mie mendapat menafaat.


Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Tiga perkara di atas adalah matlamat kehidupan kita bersama,

Salam Sayang.
Mimi Rahim




6 comments:

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...