Teks & Gambar : Mimi Rahim
Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, property guru dan iproperty. Dalam laman web tersebut terdapat bermacam jenis rumah dan pelbagai harga yang di iklankan oleh perunding hartanah. Di iklan tersebut tertera nombor perunding hartanah yang boleh di hubungi.
Apa Yang Perlu Sebelum Hubungi Perunding Hartanah?
Bila kita ingin beli rumah, jangan bila tengok jer gambar rumah cantik yang perunding hartanah iklankan kita terus call. Perkara yang wajib anda tetapkan adalah harga hartanah yang mampu anda beli, iaitu dengan semak kelayakan anda dengan bank. Tetapkankan lokasi yang hendak di beli.Dan pastinya anda sudah tetapkan tujuan belian, adakah untuk tinggal sendiri atau untuk di sewakan. Tetapkan juga jenis hartanah iaitu rumah landed atau apartment. Tetapkan dulu matlamat rumah atau hartanah yang ingin kita beli. supaya anda tidak buat keputusan yang salah.
Perkara ini penting kerana bila kita buka laman web, kita boleh filter mengikut apa yang telah di tetapkan. Sebagai contoh, jika kita mencari kawasan Shah Alam sekitar harga bawah 500k, terus pilih senarai hartanah di kawasan tersebut dan akan keluar senarai hartanah beserta nombor untuk di hubungi.
Bila lihat nama perunding hartanah yang menguruskan hartanah yang kita minat itu, cuba google nama berkanaan untuk tahu details mengenai beliau. Boleh dikatakan hampir semua prunding hartanah mempunyai facebook. Boleh lah view sedikit tentang latar belakang dan mengenai syarikat perunding hartanah tersebut. Call atau whatsapp mereka untuk bertanyakan adakah hartanah tersebut belum di jual.
Urusan Semasa Hubungi Perunding Hartanah
Selalunya soalan yang Perunding Hartanah akan tanyakan adalah.
- Tujuan Belian hartanah ( Adakah Untuk tinggal sendiri atau sewakan )
- Alamat tempat tinggal sekarang
- Alamat tempat kerja
- Berapa budget sebenar
- Cara bayaran cash, loan kerajaan atau loan bank
( pembeli hendaklah menyemak kelayakan max terlebih dahulu)
- Lokasi yang berhampiran yang mungkin jadi pilihan
- Jenis rumah yang jadi pilihan, cth; teres, semi d, banglo
Jika mahukan urusan berjalan cepat, sebaiknya terus bagitau details di atas, untuk memudahkan perunding hartanah padan kan dengan senarai hartanah yang dia ada. Mungkin dia ada beberapa hartanah untuk di jual tapi dia hanya iklan kan satu.
Minta perunding hartanah menerangkan serba sedikit tentang hartanah tersebut sebelum membuat keputusan untuk view unit rumah tersebut. Jika berpuas hati dengan details yang di beri,
Bagitau masa yang sesuai untuk perunding hartanah bawa view hartanah yang hendak di jual tersebut.
Urusan Semasa View
Sebelum tarikh view, sediakan semua dokumen untuk belian rumah, contoh slip gaji untuk mudahkan perunding hartanah kirakan kelayakan pinjaman, tapi jika yakin dengan jumlah pinjaman, kita hanya perlu bagitau perunding hartanah,
Semasa jumpa perunding hartanah di lokasi yang hendak di jual, Kenalkan diri kita, nama dan dari mana. Kerana mungkin pada hari itu bukan hanya kita yang datang untuk view hartanah tersebut.
minta perunding hartanah terangkan sekali lagi tentang rumah tersebut, adakah sama dengan semasa beliau terangkan sebelum view. Sediakan beberapa sahaja soalan yang hendak di tanya. Walaupun tuan rumah berada bersama ketika view, soalan sepatutnya di ajukan pada perunding hartanah yang mewakili kita. Dan tugas perunding hartanah meminta tuan rumah untuk terangkan details.
Selepas view, Jika kita sudah yakin tentang rumah tersebut, sebab dari awal kita sudah buat kajian tentang rumah tersebut sebelum set temujanji dengan perunding hartanah. Ingat yer kita sendiri mesti tahu tentang hartanah yang nak kita labur, jangan 100% bergantung pada perunding hartanah. Penting juga tahu serba sedikit tentang proses belian. Jika perlu untuk terus buat keputusan, minta perunding hartanah terangkan proses seterusnya . Runding boleh bermula.
Urusan Selepas View
Jika kita memerlukan masa untuk membuat keputusan. Tetapkan tertentu untuk kita buat keputusan. Kerana setiap client yang perunding hartanah bawa, mereka mahukan feedback dari pembeli.
Jika kita tidak berminat dengan rumah tersebut, nyatakan kenapa .Supaya perunding hartanah noted perkara tersebut. Kak Mie suka berurusan dengan seorang sahaja perunding hartanah. Contohnya jika kita tidak berminat dengan hartanah tersebut, minta perunding hartanah yang sama untuk carikan unit lain untuk kita.
Kita tidak perlu susah-susah melayari laman web lagi, dan tidak perlu set temujanji dengan beberapa orang perunding hartanah lain di berlainan lokasi. Bagitau sahaja apa yang anda mahukan, Perunding hartanah tadi yang mewakili kita akan carikan untuk kita. Tapi jika kita nak juga tengok iklan di mana-mana, kita hanya screenshot dan hantar kepada perunding hartanah untuk beliau deal temujanji dengan pihak perunding hartanah lain yang iklan kan hartanah tersebut. Dengan ini akan jimat kan masa kita.
Terima kasih atas tipsnya.
ReplyDelete