Teks & Gambar : Mimi Rahim
Bila ada sahaja client request untuk view unit rumah yang Kak Mie iklankan, biasanya Kak Mie akan update dalam group whatsapp team. Ini kerana Kak Mie nak kawan-kawan team juga akan berusaha untuk dapatkan client untuk unit ini dan sama-sama bawa pada tarikh yang di tetapkan.
Sehari sebelum tarikh view kita dah kumpul client yang hendak view. Dan biasanya kita sebagai perunding hartanah tak akan bawa satu unit sahaja di apartment tersebut. Kita akan usahakan cari sekurang-kurangnya dua pilihan untuk pelanggang kita.
Hari ini Kak Mie bawa dua client untuk tengok tiga unit rumah di Apartment Suri Puteri Shah Alam. Semua tiga unit itu adalah unit coa partner yang punya. Coa partner bermaksud kawan perunding hartanah lain yang berurusan dengan tuan rumah tersebut, bukan Kak Mie yang berurusan dengan tuan rumah. Kak Mie hanya berurusan dengan pembeli. Bila berurusan dengan coa agensi partner, banyak etika yang kita kena jaga. Ada masa Kak Mie share etika ber coa agensi yer.
Jam 7.30 pagi Kak Mie dah gerak ke Shah Alam. Temu janji dengan pembeli sebenarnya jam 9am. Tapi bila viewing Kak Mie lebih selesa sampai awal, ambil angin kat lokasi itu dulu. Sampai di lokasi lebih kurang 8.10am, kebetulan betul-betul depan Apartment ada warong nasi lemak boleh lah pekena sarapan dulu bersama kawan yang turut serta dalam aktiviti viewing.
lebih kurang jam 9am pembeli tiba, Kak Mie bawa dulu pusing sekitar apartment dan tunjukkan kemudahan yang ada kat apartment itu. Apa yang best ka Suri Puteri adalah kerana surau nya sangat aktif, kalau kita tengok kat papan kenyataan depan surau, memang macam-macam aktiviti ada. Persekitaran apartment sangat bersih, nampak sangat dorang jaga elok. Untuk yang ada anak kecil sangat membantu kerana kat tingkat bawah ada tadika dan pra tahfiz. Senang hantar anak-anak.
Bila dah satle kat sekitar apartment, mula lah jelajah satu rumah ke satu rumah. Setiap rumah ada keistimewaan masing-masing. Contohnya rumah pertama dah renovate siap, cuma ada sikit rosak pada lantai, rumah ke dua kosong tapi view cantik, rumah ke tiga paling besar.
Dah habis view mula sesi berbincang dengan pembeli, pembeli pertama suka dengan rumah pertama kerana jimat katanya ,terus boleh masuk. Pembeli ke dua suka rumah yang kosong sebab nak renovate cara sendiri. Lain orang lain citarasa kan.
Kak Mie dah terangkan cara pembelian dan kirakan semua kos yang terlibat pada pembeli. Sorang pembeli tak cukup cash, tapi sebenarnya jangan risau jika ada epf , Kak Mie akan cuba ejas mana yang boleh, janji pembeli kena clearkan pada perunding hartanah apa masalah yang difikirkan.
Merekaa balik dengan positif untuk beli, cuma ada beberapa perkara yang Kak Mie perlu letak pasa surat perjanjian jual beli sebelum mereka bayar booking. Ini adalah untuk secure client Kak Mie punya booking.
Lepas satle semua boleh lah balik golek-golek dengan anak-anak, beginilag kerja suri rumah perunding hartanah.
Apple Watch 6 Titanium | Apple Watch 6, 5, 2.5 inch OLED OLED
ReplyDeleteApple Watch 6 Titanium - Apple Watch 6, 5.5 inch OLED Watch, 3.5 inch OLED ridge titanium wallet Watch, 1.5 inch OLED Watch, 2.5 inch titanium quartz crystal OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch titanium spork OLED Watch, 1.5 inch OLED titanium for sale Watch, 1.5 inch OLED Watch, 2.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, columbia titanium 1.5 inch OLED Watch, 1.5 inch OLED Watch, 1.
n557p7oeivz382 horse dildos,wolf dildo,male masturbator,realistic dildo,male masturbators,dildos,realistic dildo,dildos,realistic dildo s110m5xwptj125
ReplyDelete