Monday, February 12, 2018

Apa Itu CO Agensi ?



Teks  & Gambar : Mimi Rahim

Apa itu Co Agensi ?
Untuk mereka yang bekerja sebagai perunding hartanah, mereka mungkin sudah tahu apa itu CO agensi . Tahu buka bermakna mereka  iaitu perunding hartanah tahu etika atau peraturan ber CO agensi. Co Agensi ialah Coloabrate antara perunding hartanah dalam sesama agensi atau boleh jadi berlainan agensi.


Kenapa CO Agensi berlaku?
Sebagai perunding hartanah yang mempunyai tangungjawab untuk menjual rumah, kita hendaklah menjual rumah pemilik dengan kadar segera. Kita akan iklankan di semua medium untuk mendapatkan pembeli. Bila ada seorang perunding hartanah lain kebetulan mencari rumah yang kita iklan kan, akan berlakunya kerjasama antara perunding hartanah bagi pihak pemilik hartanah dan perunding hartanah bagi pihak pembeli.


Begitulah sebaliknya, Jika kita mempunyai pembeli yang mencari unit rumah yang mereka nak di lokasi tertentu, dan pada masa itu kita sebagai perunding hartanah tidak memiliki senarai hartanah yang pembeli nak, oleh itu kita boleh mencari atau match kan unit yang di miliki oleh kawan perunding hartanah lain. Di situ akan ada pembahagian komisen

                                          Kami Tiga REN Berkerjama :)


Bagaimana Komisen Di Bahagikan?

Komisen atau fee di tetapkan bila mendapat persetujuan kedua belah pihak. Kebiasannya yang di amalkan ialah dibahagi sama rata, iaitu 50%-50%. Untuk memastikan kerjasama berjalan seperti yang di tetapkan. Perunding hartanah bagi pihak pembeli akan terlebih dahulu emailkan surat permohonan untuk view unit yang nak jual kepada agensi pihak owner dan agensi kepada pemilik akan membalas surat co agensi tanda setuju.

Sebagai perunding hartanah yang beratika, kita juga mesti tahu apa etika yang sebenar untuk bekerjasama antara perunding hartanah, nanti Kak Mie sambung dengan etika atau peraturan ber Co agensi yer ;).



No comments:

Post a Comment

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...