Friday, January 19, 2018

Tanah Sg Merab Untuk Di jual


Teks & Gambar : Mimi Rahim


Salam jumaat yang penuh barakah. Lepas hantar anak-anak ke sekolah. Kak Mie singgah makan tempat biasa dengan en suami. Sarapan pagi hati ini nasi berlauk ayam dan kopi o. Makan biasa jer tapi suasana kedai kopi tu best kan.

Hari ini sebenarnya Kak Mie ada dua perkara penting nak buat, pertama view tanah di Sg Merab dan study group kat ofice property untuk persediaan test kat inspen esok. Ini test pertama Kak Mie tau kat inspen. Rasa gemurah risau tu memang tahap tak nyenyak tidur malam. haha. Nanti Kak Mie share pengalaman atau suasana dalam dewan masa test yer.

Selepas sahaja selesai sarapan, Kak Mie follow suami satle kerja dia dulu. Jadi masa untuk tengok tanah dah tak jadi waktu pagi. Waktu dah bertukar tengah hari. Bayangkan kepanasan nya kat dalam hutan.

Sampai di lokasi, Kami jumpa dengan wakit tuan tanah. Beliau terangkan serba sedikit tentang tanah. Contoh nya luas dan kedudukan tanah. Luas tanah yang nak di jual adalah 12 ekar. Harga per kaki persegi boleh tahan murahnya. Nanti dah dapat details yang sempurna insyaallah Kak Mie akan bagitau Di Facebook Mimi Rahim .

Di lokasi tanah tadi sempat selfie dan bagitau kawan-kawan facebook tentang aktiviti view hari ini. Ada yang dam PM minta details dan minta carikan tanah untuk di jual.



Begitulah antara kerjaya suri rumah perunding hartanah. Tujuan kita update aktiviti untuk bagitau kenalan di media sosial tentang kerjaya kita. Kalau kita tak hebahkan, macam mana orang nak tau dan gunakan hikmat kita kan. Berminat untuk beli atau jual rumah boleh hubungi Kak Mie 0179999847 http://mimirahim.wasap.my

Ok, sekian. Nak sambung study balik :)

Monday, January 15, 2018

ANUGERAH TOP GROUP BAKAR SEMANGAT 2018





Teks & Gambar : Mimi Rahim




Malam tadi dah ingatkan anak-anak, esok mama ada meeting dekat ofice. Jadi mama kena keluar awal pagi. Alhamdulillah semua menepati masa, Kami keluar rumah dalam pukul 7 pagi. hentian pertama di sekolah kakak & abang, lepas tu baru hantar adik Qisya kat sekolah dia.

Sempat juga pekena roti canai di restoran dekat dengan sekolah bersama anak-anak. Mama selit sikit ceramah masa makan. Ini untung nya jika kita keluar awal pagi. Kita dapat rezeki lebih.

Selepas hantar Qisya, Kak Mie pecut ke dewan seminar kajang. Alhamdulillah Kak Mie masih belum terlambat. Terjumpa pula kawan belanja nasi bungkus.

Meeting bermula dengan bacaan doa dari salah seorang perunding hartanah dari agensi. Selepas itu dengan nyanyian lagu kebangsaan kita, Lagu negaraku. Macam biasa Mr.Bos ambil alih dengan segala taklimat berkenaan kerja kami sebagai perunding hartanah. Nampaknya semua ceria dan semangat, mungkin ini mesyuarat pertama agensi di tahun baru 2018. Semua mahukan aura semangat untuk mula kerja.

Jam dah menunjukkan jam 11 pagi, Kak mie dah risau meeting habis lambat kerana perlu ambil Qisya dari sekolah tapat jam 12 tengah hari. Beginilah perunding hartanah suri rumah, kena pandai urus masa demi untuk anak-anak dan kerjaya tercinta.

Acara seterusnya adalah anugerah-anugerah dari agensi.
HR dah bagitau ada salah seorang dari team Kak Mie dapat anugerah top performer. Sebagai Team Manager kena lah ada sama untuk sama-sama meraikan.

Rupanya bukan itu sahaja. Kami di anugerahkan Top Group .  Tahniah untuk team Property Sisters. Permulaan 2018 yang best.  Semoga dengan anugerah TOP GROUP ini akan membakar semangat di tahun baru 2018. Yang penting kita teruskan amalan group kita untuk saling mendokong antara satu sama lain. Saling memberi dan ingat mengingati.

Kak Mie akan share cara pilih team hartanah dan cara pilih agensi hartanah untuk perunding hartanah baru. Team dan agensi yang baik sangat membantu kita untuk berjaya dalam kerjaya perunding hartanah.


Saturday, January 13, 2018

Hari Ke Dua Di INSPEN ( Institut Penilaian Negara )


Teks & Gambar : Mimi Rahim

Semalam adalah hari ke dua Kak Mie belajar di INSPEN . Untuk korang yang belum tahu berkenaan dengan inspen, Boleh ke laman web inspen atau Institut Penilaian Negarahttp://www.inspen.gov.my/inspen/

Kak Mie nak share hari ke- dua belajar di INSPEN. Kelas bermula jam 9 pagi. Kelas pertama adalah kelas ekonomi, Kak Mie dah boleh bayangkan kelas pensyarah ni macam mana, kerana kami dah berkenalan di kelas pertama hari tu. Kak Mie boleh katanya pensyarah ni best sangat. Sangat sporting. Ok lah untuk otak mak-mak macam Kak Mie ni kan.

Untuk sesi petang, adalah kelas Law. Last week bila break time zohor Kak Mie sempat balik rumah jenguk anak. Tapi kali ni rasa macam tak sedap hati nak balik. Sebab lepas zohor kelas bersama tuan hakim. Risau pula takut terlambat.

Betul jangkaan Kak Mie, bila tiba kelas bermula. Beliau arahkan pintu di tutup. Beliau bagitau siap-siap, kami mesti masuk sebelum beliau masuk. Pada awal nya rasa seperti dalam makamah. Bercampur dengan Kak Mie gugup nak belajar LAW kan. Tapi bila selepas sejam baru rasa boleh sesuaikan diri.

Dalam kelas ini betul-betul kena bagi tumpuan dan faham sebab ini adalah pertama kalinya Kak Mie belajar subjek ini. Di tambah pula pensyarah bagitau kelas berikutnya ada ujian.

Untuk pengetahuan  korang kelas kami di INSPEN adalah sabtu dari jam 9 pagi- 9 malam. Jadi kami mesti kena ada kekuatan dari segi fizikal dam mental. Ada juga masa nya terlelap dalam kelas, haha. Masa tu terdetik adakah Kak Mie salah timing, sambung belajar masa anak masih menyusu. Maklumlah  dengan tak cukup tidur malam, si baby raisya ni bangun susu tiga kali setiap malam.

Alhamdulillah nasib baik ada sokongan dari kawan-kawan yang lain. Mereka sentiasa bagi semangat untuk Kak Mie teruskan. Mesti habis sama-sama katanya. Harap Kelas berikut nya Kak Mie dapat selesaikan dengan semangat !!








Geng Kopi Suri Rumah Perunding Hartanah



Teks & Gambar : Mimi Rahim




Dari minggu lepas Kak mie dah rancang untuk keluar minum dengan geng kopi Kak Mie. Kak Mie memang pilih hari jumaat kerana setiap jumaat Qisya tak der kelas. Kak Mie hanya perlu hantar kakak Qaleesya dan abang habib  dan ambil jam lima petang. Ada lah masa sikit untuk diri sendiri.

Selepas hantar anak-anak ke sekolah, Kak Mie singgah beli keperluan dapur dan sedikit makanan ringgan untuk anak. Esok kan sabtu... anak-anak tak ke sekolah, bekalan makanan ringgan memang selalu kering jika mereka di rumah.

Temu janji lepas jam dua lepas zohor. Kak Mie buat dulu kerja rumah apa yang patut. Sempat juga whatsapp team bagitau kejab lagi Kak Mie akan kopi dengan puan Lawyer, Iaitu salah sorang dari geng kopi kami. Minta mereka senaraikan apa-apa soalan berkenaan rumah.

Selepas solat zohor Kak Mie ke cafe yang di janjikan. Macam biasa kami suka tengok menu baru untuk cuba. Ini antara salah satu geng yang suka jalan-jalan cari makan. Kami suka cuba makan di restoran baru dan cuba makanan baru.

Walaupun kita sudah berkeluarga, Kak Mie rasa kita perlu ada kawan yang rapat yang kita boleh berkongsi cerita harian kita dan berkongsi pendapat. Tetapi bila jumpa peguam hartanah, cerita hartanah adalah cerita wajib kami. Terpaksalah puan peguam layan kitorang dengan soalan-soalan berkenaan dengan kerja beliau. 

Thursday, January 11, 2018

Pencapaian Suri Rumah Perunding Hartanah Dalam Bidang Hartanah


Teks & Gambar : Mimi Rahim


Dari mula kita melibatkan diri dalam dunia hartanah semestinya kita sudah tetapkan matlamat kenapa kita  sertai bidang ini. Ramai terlibat semata-mata kerana ingin menampung keperluan keluarga dan mungkin untuk menampung komitmen kita, jadi bila semua keperluan dan komitmen sudah selesai kita anggap target kita sudah selesai. Namun tanpa minta yang mendalam dalam bidang hartanah mungkin kerja kita tak seronok.

Pencapaian adalah subjektif, hanya diri kita yang boleh menilai tahap pencapaian kita mengikut target yang kita tetapkan. Apa yang kita capai untuk diri kita , untuk organisasi , untuk keluarga dan secara tidak langsung untuk masyarakat.


1) Pencapaian Untuk Diri Sendiri

Bila kita tetapkan matlamat pendapatan kita dan kita berjaya capai target yang di tetapkan. Secara langsung akan menaikan keyakinan diri kita. Kita lebih semangat dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan kita dalam hartanah akan meningkat selari dengan pengalaman kita.

2) Pencapaian Dalam Organisasi ( agensi hartanah )

Rasa lebih di hargai bila usaha kita dalam kerjaya di nilai dengan penambahan komisyen dan lantikan daripada perunding hartanah biasa ke group manager atau peringkat yang lagi tinggi. Rangkaian kita dalam hartanah juga akan lebih besar bila lebih di kenali dalam kerjaya ini. Ini memudah kan lagi kerja kita. Kita sudah capai untuk naikkan komisyen dan besarkan jaringan dengan mereka yang terlibat dalam hartanah.

3) Pencapaian Untuk Keluarga

Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah, Kita memberi kelebihan pada keluarga kerana kita mempunyai pengetahuan tentang hartanah. Kita mempunyai peluang membuat perancangan untuk keluarga dengan betul. Ini akan memberi impak perancangan masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak dan keluarga supaya target masa depan keluarga tercapai.


Alhamdulillah Dapat Tolong Kawan Satu sekolah Beli Rumah Pertama


4) Pencapaian Untuk Masyarakat

Bila kita di kalangan kawan-kawan atau pelanggan kita. Tajuk hartanah antara tajuk yang seronok untuk di bincangkan. Sebagai perunding hartanah semestinya faham tentang pasaran hartanah lebih dari orang lain. Dan tugas kita untuk mengajak kawan-kawan terdekat untuk melabur dalam hartanah. Iaitu melabur dengan betul. Bagi Kak Mie ini adalah fardhu kifayah untuk perunding hartanah.  Kita sudah capai hasrat untuk lihat masyarakat kita faham tentang pelaburan hartanah.


Kita boleh nilai sendiri apa pencapaian kita dalam bidang kita. Semakin kita serius dalam sesuatu bidang semakin mudah untuk kita capai matlamat kita.




Skop Kerja Group Manager Suri Rumah Perunding Hartanah Suri Rumah


Group Manager ialah seorang yang dilantik oleh agensi . Kebiasaannya di bawah seorang group manager mempunyai beberapa orang perunding hartanah. Jika ada perunding hartanah yang baru, pihak agensi akan letakkan di bawah jagaan seorang group manager.

Dengan lantikan sebagai group manager, peratus komisyen kita juga akan meningkat dan kita juga akan dapat overiding daripada team yang kita jaga.

Pihak agensi melantik kita sebagai group manager bukan sahaja semata-mata untuk naikkan peratus komisyen kita. Tapi kita di sertakan dengan tanggungjawab besar untuk bantu agensi. Terutamanya  berkenaan menguruskan perunding hartanah bawahan kita. Antara Skop Kerja Group Manager


1) Memastikan Capai Target

Tugas utama group manager adalah untuk memastikan perunding hartanah di bawah kita boleh capai target minima jualan yang agensi tetapkan. Bila semua perunding hartanah capai target jualan atau melebihi target yang agensi tetapkan, semastinya target group akan tercapai dan group akan dianugerahkan mengikut pencapaian kita.



2) Tunjuk Cara Kerja Yang Betul

Semua perunding hartanah yang baru kemungkinan masih belum mahir dengan skop kerja sebagai perunding hartanah. Jadi, tugas kita untuk tunjukan cara yang betul. Dengan pengalaman yang ada mungkin kita hanya sampaikan & lakukan aktiviti hartanah seperti biasa. Mereka akan follow apa yang group manager buat.

3) Kelas Untuk Team

Dalam dunia hartanah, selain cara pemasaran. Yang juga penting kita tahu adalah tentang perundangan hartanah. Agensi akan buat kelas untuk semua, tetapi kita juga boleh buat kelas atau sesi sharing bersama team.

4) Group Meeting

Setiap sebulan sekali kita adakan group meeting untuk memastikan target group dan target agensi mencapai tahap yang di tetapkan. Dengan group meeting kita dapat berkongsi pelbagai maasalah atau apa sahaja yang berkenaan kerja.

5) Reward

Jika kita mempunyai team perunding hartanah yang sangat komited dalam kerjaya insyaallah kita layak untuk dapat anugerah best group atau best group. sekali sekala apa salahnya kita reward team. Bawa makan-makan atau bagi hadiah untuk team.




Love My Team #propertysisters








Bagaimana Untuk Sertai Kerjaya Perunding Hartanah

Teks & Gambar : Mimi Rahim


Bila Kak Mie post cerita atau post gambar di facebook berkenaan kerja Kak Mie, ramai yang PM bertanyakan tentang kerja Kak Mie, Soalan paling banyak antaranya adalah Skop Kerja Perunding Hartanah , Pendapatan Perunding Hartanah , Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah Dan Bagaimana untuk sertai Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah.

Untuk entri kali ini Kak Mie nak share cara untuk kita bermula sebagai perunding hartanah. Kak Mie selesa ceritakan apa yang Kak Mie buat yer.

1) Daftar Dengan Agensi

Sebelum bermula Kak Mie ada pergi ke kelas Kerjaya sebagai perunding hartanah. Kelas itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai  tentang kerjaya perunding hartanah dan bagaimana untuk sertainya.


Kita mesti sertai mana-mana agensi yang berdaftar untuk bekerja sebagai perunding hartanah. Kos pendaftaran agensi berlainan bergantung pada agensi itu. Di sarankan pilih agensi yang betul. Cara Pilih Agensi nanti Kak Mie share dalam entri yang lain yer.

Selepas itu agensi akan sarankan kita untuk hadir ke kursus perunding hartanah untuk dapatkan pendaftaran yang sah.

2) Hadir Ke Kursus Perunding Hartanah
Kerjaya perunding hartanah ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.
Untuk Kita jadi perunding hartanah yang sah, kita mesti daftar dan hadir ke kursus dua hari perunding hartanah. Jika korang Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib hadir untuk kita di lantik sebagai perunding hartanah yang sah. Antara topik yang kita akan belajar dalam kursus ini adalah, Pengenalan kepada pasaran hartanah, Asas industri hartanah, Piawaian Agensi Hartanah Malaysia, Praktis agensi hartanah, Kemahiran membuat rundingan, Asas guaman hartanah, Undang-undang berkaitan hartanah, Kemahiran IT dalam hartanah. Insyaalah kita akan faham skop kerja kita selepas hadir ke kursus ini.
Kita akan diberikan sijil setelah selesai kursus ini. Salinan sijil ini akan diberi kepada agensi. Agensi kemudian akan daftarkan tuan puan ke LPPEH.
Sebenarnya kita boleh jer hadir ke kursus dulu sebelum daftar dengan agensi, Kemudian bawa jer sijil tu ke agensi. Mana-mana yang kita rasa nak mula dulu. 
Kak Mie tunjukkan Tag yang Kak Mie dapat selepas sah berdaftar. Tag ni akan membezakan kita sebagai perunding hartanah berdaftar dengan yang tidak berdaftar. Bawa jer ke mana-mana bila melakukan aktiviti hartanah. 
Mimi Rahim 
REN 18470





Tanah Sg Merab Untuk Di jual

Teks & Gambar : Mimi Rahim Salam jumaat yang penuh barakah. Lepas hantar anak-anak ke sekolah. Kak Mie singgah makan tempat biasa d...