Tuesday, November 21, 2017

Jadual Harian Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah



Teks : Mimi Rahim


Bila dah suri rumah, masa seharian semestinya dihabiskan di rumah. Berbeza dengan wanita yang bekerja. Jika mereka bekerja di pejabat, masa di pejabat kebiasaannya tidak kurang dari lapan jam sehari dan dua jam masa perjalanan pergi dan balik. mungkin berbeza dengan mereka yang melakukan perniagaan sendiri atau kerja sendiri. Ada yang kurang lapan jam atau kerja hingga ke malam.

Kak Mie gembira untuk kongsikan jadual kerjaya Kak Mie sebagai perunding hartanah yang Kak Mie rasa boleh selit-selit jer sambil lakukan kerja rumah tanpa menganggu kerja hakiki kita sebagai ibu dan isteri. Buat pengetahuan korang, Kak Mie juga adalah group manager kepada sekumpulan rakan hartanah. Dan mereka semua adalah suri rumah seperti Kak Mie.

Tugas harian Kak Mie sama sahaja seperti suri rumah lain, mengemas, memasak, uruskan anak sekolah, dan juga sebagai isteri. Cuma tugas mungkin lebih ringgan kerana suami sediakan pembantu rumah untuk membantu Kak Mie. Sempat lah selit jadual ke kelas mengaji untuk makanan jiwa dan ke gym riadah bersama kawan-kawan. Alhamdulillah.....

Tugas Kak Mie bermula seawal jam lima pagi. Bermula dengan menghambakan diri kepada pencipta untuk kesejahteraan diri dan keluarga. Sebelum anak-anak bangun senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari itu. Jam tujuh ke lapan pagi Kak Mie bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Kebiasaannya jam 9 pagi Kak Mie dah sedia untuk mula aktiviti sebagai perunding hartanah. Kak Mie memang gunakan masa dari jam 9 pagi ke 12.30 tengah hari sebaiknya untuk kerja hartanah. Kerana masa ini anak-anak berada di sekolah. Kak Mie dah tetapkan perkara yang perlu dilakukan dari isnin ke ahad.

Hari isnin masa untuk Kak Mie follow up client & iklan kan hartanah, selasa dan rabu untuk Kak Mie cari stok hartanah baru, iaitu hartanah yang hendak di jual. khamis semak iklan untuk di iklan kan lagi. Jumaat masa untuk tetapkan temujanji dengan pelanggan. Kak mie hanya pilih sehari sahaja antara sabtu dan ahad untuk keluar jalankan aktiviti hartanah. Jila sabtu keluar bekerja, ahad sepenuhnya masa untuk anak-anak.

Berbalik kepada sambungan rutin harian Kak Mie. Bila dekat jam satu, kmie  pecut ambil Qisya kat sekolah. Balik bergendang kejab dengan periuk belangga, alahhh masak simple jer. Anak-anak masih kecil, masih belum ada citarasa yang tertentu. Kadang bibik goreng jer ayam denga kicap. hihi. Qisya biasanya akan tidur waktu selepas zohor. Masa ni kita ambil lah peluang rehat kejab. Tapi biasanya ada jer kerja rumah yang nak kena buat.

Selepas asar, lagi sekali lakukan tugas seorang supir, ambil Kakak Qaleesya dan abang habib. Bila dah balik dua orang budak ini. Memang riuh rendah rumah. Ada sahaja aktiviti mereka. Macam-macam eksperimen yang mereka lakukan. Rumah macam kapal pecah kejab.

                                           Jommmm balikkkkkkk- anak pulang dari sekolah maisng-masing.

Sebelum magrib Kak Mie dah arahkan anak-anak siap sedia untuk solat. Alhamdulillah Qaleesya cecah jer umur dia enam tahun dah tak tinggal solat. Habib macam biasalah, tak cukup umur lagi katanya.

Antara magrib dan isyak, Kak Mie cuba disiplinkan anak untuk mengaji.Boleh lah bantu diri kita juga kan.  Selepas itu sambung tolong anak-anak  siapkan kerja sekolah. Jam 10 Kak Mie memang paksa mereka untuk tidur. Kak Mie juga arahkan diri sendiri tidur waktu yang sama supaya mendapat tidur yang cukup dan bangun dengan segar hari esoknya.

Begitulah rutin harian Kak Mie sebagai suri rumah perunding hartanah. Tidak banyak beza dengan suri rumah yang lain. Cuma mungkin berbeza dengan terselit aktiviti hartanah. Dan sehari dalam seminggu masa untuk Kak Mie jumpa pelanggan. Mungkin ada suri yang suka selitkan dengan sinetron atau drama tv.

Kak Mie cuba sudaya yang boleh untuk ikut jadual harian yang ditetapkan supaya kerja hakiki sebagai suri rumah berjalan dengan biasa dan kerja yang Kak Mie anggap sebagai passion dapat Kak Mie lakukan. Kadang ada juga jadual terganggu. Contohnya hilang slot mengaji hihi. Biasalah kita manusia biasa yang sentiasa lemah. Hanya Allah SAW yang maha sempurna.

Sekian, Salam Sayang.





No comments:

Post a Comment

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...