Friday, December 22, 2017

Matlamat Kerjaya Perunding Hartanah Suri Rumah


Teks: Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim

Sebagai suri rumah, kita juga mesti ada matlamat yang jelas. Dan matlamat utama suri rumah bukan sahaja memastikan anak-anak makan dengan cukup dan selamat. Kita ada perjanjian atau tanggungjawab yang besar dengan pencipta untuk memastikan anak-anak berjaya dunia & akhirat. Setiap langkah di susun untuk pastikan matlamat tercapai. Namun kita hanya mampu berusaha dan rancang yang terbaik, selebihnya berserah pada Allah SWT.

Dalam kerjaya pula, bila kita betul-betul minat dah serius dalam bidang yang kita ceburi. Kita semestinya mempunyai matlamat untuk masa singkat dan matlamat masa panjang. Seperti yang Kak Mie pernah share dalam entri Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah . Pada mulanya Kak Mie masuk dalam agensi untuk menjadi perunding hartanah supaya Kak Mie dapat ilmu mendalam dalam bidang hartanah. Tapi bila kali pertama dapat komisen, rasa kerjaya ini sebenarnya sangat menarik lebih dari yang Kak Mie jangkakan. Jadi bermulalah matlamat untuk dapat pendapatan tetap dalam bidang ini. 

Bila kali pertama dapat komisen, Kak Mie rasakan kerjaya ini sangat menarik lebih dari yang kita jangkakan. Pembahagian peratusan Pendapatan Perunding Hartanah akan meningkat mengikut jumlah jualan. walau bagaimana komisen tetap berbaloi. Cabaran semasa awal-awal adalah untuk mengekalkan pendapatan secara konsisten, Dan semestiya Kak Mie target untuk anugerah kutipan sales terbanyak kan.... baru lebih semangat. Bila jualan banyak... komisyen juga banyak lah. 



Bila jualan meningkat peratusan pembahagian antara perunding hartanah dengan agensi akan meningkat. Jika agensi nampak kita berkebolehan, kita akan di tawarkan sebagai Group Menager. Contohnya kalau dari awal kita dapat 60% dari komisen, mungkin akan meningkat ke 85%. Kita bukan sahaja dapat mengumpul personal komisen dengan lebih banyak. Kita juga ada overiding dari anak-anak buah. Jika korang nak bermula, cuba target untuk join sebagai group menager dengan cepat supaya peratusan komisyen meningkat. Berbaloi lah dengan kerja kita.

Sebagai group manager pula kita mempunya matlamat untuk tolong semua ahli group mendapat pendapatan yang mereka target. Sekali gus kita akan mendapat penganugerahan group terbaik dalam agensi. Dengan pencapaian ini akan meningkatkan lagi semangat bekerja sesama perunding hartanah. Tapi Skop Kerja Group Manager Suri Rumah Perunding Hartanah lebih mencabar.

Matlamat seterusnya sebagai perunding hartanah adalah untuk membuka agensi hartanah sendiri, untuk membuka agensi kita mesti mempunyai lesen sijil agensi harta tanah. Tapi ada jer yang berniaga dengan menyewa lesen orang lain. Namun dengan status suru rumah, untuk menguruskan agensi bukanlah mudah. Bayangkan kita nak menjaga perunding hartanah yang datang dari latar belakang berlainan. 

Matlamat Kak Mie seterusnya adalah sambung belajar untuk mendapatkan sijil hartanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN) . Nak buka atau tidak agensi kita boleh fikirkan kemudian. Yang penting bila tamat pengajian, kita layak dapat 100% komisen. Kita mungkin juga boleh cari partner yang berminat untuk buka agensi dengan menggunakan lesen kita. Seronok bila kita tahu matlamat kita menceburi bidang hartanah ini. 

Sebagai perunding hartanah yang beragama islam, kita mempunyai matlamat untuk membantu lebih ramai rakan satu bangsa dan seagama untuk sedar tentang pelaburan dalam hartanah. Kak Mie lebih suka memberi kesedaran kepada suri rumah seperti Kak Mie untuk memahami lebih mendalam dalam hartanah supaya hidup lebih terjamin.

Sekian.





Thursday, December 21, 2017

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH



Teks      : Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim

Ramai yang berminat untuk menceburi pekerjaan sebagai perunding hartanah. Tapi mereka kurang jelas dan merasakan pekerjaan perunding hartanah adalah untuk golongan tertentu sahaja . Selain dari pendapatan perunding hartanah, soalan lazim yang di ajukan kepada Kak Mie Adalah skop kerja perunding hartanah.

Perunding hartanah adalah orang tengah yang menguruskan sewa, jual , atau belian hartanah antara pembeli dengan tuan rumah, atau penyewa dengan tuan rumah. Cara rundingan akan lebih matang dari satu kes rundingan ke rundingan yang seterusnya. makin lama dalam bidang hartanah, makin banyak pengalaman.

Untuk menjadi perunding hartanah, kita mestilah berdaftar dengan agensi hartanah. Jika berminat boleh hubungi Kak mie untuk menyertai kami. Cuma kami ada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh agensi dan kumpulan Property sisters.


 Kak Mie huraikan empat tugas utama sebagai perunding hartanah

1) Memiliki Senarai Hartanah Yang hendak di jual (Listing)

Permulaan sebagai perunding hartanah. Di sarankan banyakkan senarai hartanah yang hendak di jual. Listing bagaikan nyawa kepada perunding hartanah. Listing / senarai hartanah adalah produk kita sebagai perunding hartanah. Jika tiada produk, maka tiadalah aktiviti jualan. jika kita ada listing, kita boleh kongsikan pada rakan perunding hartanah sesama agensi yang kemungkinan sudah ada pelanggang yang sedia mencari. Ini akan cepatkan proses jualan kerana kemungkinan kita yang baru, belum ada permintaan daripada pelanggan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Listing?

Kita boleh dapatkan senarai hartanah dengan pelbagai cara. Cara paling senang dan percuma adalah memberitahu saudara atau kenalan kita tentang pekerjaan kita sebagai perunding hartanah. Dengan dunia teknologi yang serba pantas ini kita hanya perlu umumkan sahaja di facebook,whatsapp atau pesanan ringkasf  tentang skop kerja kita menguruskan jualan rumah. Antara cara kain adalah dengan melalui Cold-calling, surat khabar, landing page dan lain-lain lagi.

2) Berurusan Dengan Pemilik Hartanah 

Bila Kita sudah ada listing untuk di jual, bermakna kita mula berurusan dengan pemilik hartanah itu, ada beberapa perkara yang perlu kita buat untuk memastikan listing itu dapat di jual.

- Butiran Hartanah
Untuk mendapat butiran hartanah. Kita tidak perlu jumpa dengan pemilik. Minta sahaja pemilik whatsapp/ sms butiran tersebut. Tujuan butiran hartanah adalah untuk kita semak nilai hartanah semasa, dan membuat sedikit kajian tentang hartanah itu. Jika harga yang di minta untuk jual agak tinggi, kita perlu cadangkan harga yang sepatutnya pada tuan tanah. Ada beberapa faktor cepatkan jualan hartanah. Contohnya, harga, lokasi, dan jenis rumah. Jika kita rasa ada potensi untuk jual. Kita teruskan dengan membuat temujanji untuk pergi ke lokasi hartanah (inspection) .

- Melawat Hartanah ( inspection)

Tujuan kita melawat hartanah adalah untuk memastikan butiran yang diberikan adalah betul, untuk berunding dengan pemilik tentang harga, tanda tangan surat kebenaran jualan dan  mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan.

3) Mengiklankan Untuk Dapatkan Pembeli

Bila butiran sudah kita dapatkan dengan betul, harga sudah ditetapkan, gambar yang terbaik sudah ada. tiba masanya untuk iklankan. Perbagai cara iklan yang boleh kita lancarkan seperti facebook, instagram, surat khabar, mudah.my, iproperty, property guru , meletakkan papan jualan di dalam kawasan rumah dah pelbagai lagi.

4) Urusan Dengan Pembeli

Bila iklan tadi ada yang berminat, pembeli akan menghubungi kita. ada Beberapa soalan yang perlu di tanya kepada pembeli sebelum membawa pembeli melihat hartanah. Soalan ini bertujuan untuk memastikan pembeli serius dan kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang pembeli. Proses ini membantu pembeli dapatkan rumah yang sesuai selain jimatkan masa kedua belah pihak. antara soalan adalah :-

- Adakah  untuk rumah pertama atau ke berapa
( tujuan untuk mengetahui pengalaman belian hartanah)

- Rumah untuk di sewakan atau di duduki sendiri
( Lokasi untuk sewa dan kediaman mungkin berlainan keadaan)

- Alamat tempat kerja
(jarak yang sesuai dengan rumah)

- Jenis pembayaran, tunai atau pembiayaan
( untuk mengetahui cara pembiayaan, kerajaan atau bank).

5) Temujanji Untuk Melihat Hartanah (Viewing)

Bila kretiria menepati dengan jenis hartanah dan pemebeli berminat untuk viewing. kita tetapkan temujanji dengan pembeli. Semasa proses viewing, mungkin boleh ceritakan lebih terperinci mengenai hartanah tersebut. Dan kita juga boleh mendapatkan maklumat lebih banyak daripada pembeli.  Jika pembeli setuju dengan harga yang telah ditetapkan, proses sangat mudah. Tapi kebanyakan pembeli mesti datang dengan harganya sendiri. Bermulah proses rundingan harga. perunding hartanah memainkan peranan penting untuk memastikan kedua belah pihak berpuas hati. Surat perjanjian persetujuan beliaan akan ditanda tangani antara pembeli, pemilik dan perunding hartanah.

Begitulah proses skop kerja perunding hartanah. Urusan pinjaman dan guaman adalah urusan pembeli sendiri. Tetapi sudah jadi kebiasaan perunding hartanah akan bantu uruskan semua, untuk memastikan urusan belian hartanah berjalan dengan lancar dan cepat.










Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...