Teks & Gambar : Mimi Rahim
Bila Kak Mie post cerita atau post gambar di facebook berkenaan kerja Kak Mie, ramai yang PM bertanyakan tentang kerja Kak Mie, Soalan paling banyak antaranya adalah Skop Kerja Perunding Hartanah , Pendapatan Perunding Hartanah , Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah Dan Bagaimana untuk sertai Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah.
Untuk entri kali ini Kak Mie nak share cara untuk kita bermula sebagai perunding hartanah. Kak Mie selesa ceritakan apa yang Kak Mie buat yer.
1) Daftar Dengan Agensi
Kita mesti sertai mana-mana agensi yang berdaftar untuk bekerja sebagai perunding hartanah. Kos pendaftaran agensi berlainan bergantung pada agensi itu. Di sarankan pilih agensi yang betul. Cara Pilih Agensi nanti Kak Mie share dalam entri yang lain yer.
Selepas itu agensi akan sarankan kita untuk hadir ke kursus perunding hartanah untuk dapatkan pendaftaran yang sah.
2) Hadir Ke Kursus Perunding Hartanah
Kerjaya perunding hartanah ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.
Untuk Kita jadi perunding hartanah yang sah, kita mesti daftar dan hadir ke kursus dua hari perunding hartanah. Jika korang Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib hadir untuk kita di lantik sebagai perunding hartanah yang sah. Antara topik yang kita akan belajar dalam kursus ini adalah, Pengenalan kepada pasaran hartanah, Asas industri hartanah, Piawaian Agensi Hartanah Malaysia, Praktis agensi hartanah, Kemahiran membuat rundingan, Asas guaman hartanah, Undang-undang berkaitan hartanah, Kemahiran IT dalam hartanah. Insyaalah kita akan faham skop kerja kita selepas hadir ke kursus ini.
Kita akan diberikan sijil setelah selesai kursus ini. Salinan sijil ini akan diberi kepada agensi. Agensi kemudian akan daftarkan tuan puan ke LPPEH.
Sebenarnya kita boleh jer hadir ke kursus dulu sebelum daftar dengan agensi, Kemudian bawa jer sijil tu ke agensi. Mana-mana yang kita rasa nak mula dulu.
Kak Mie tunjukkan Tag yang Kak Mie dapat selepas sah berdaftar. Tag ni akan membezakan kita sebagai perunding hartanah berdaftar dengan yang tidak berdaftar. Bawa jer ke mana-mana bila melakukan aktiviti hartanah.
Mimi Rahim
REN 18470
No comments:
Post a Comment