Group Manager ialah seorang yang dilantik oleh agensi . Kebiasaannya di bawah seorang group manager mempunyai beberapa orang perunding hartanah. Jika ada perunding hartanah yang baru, pihak agensi akan letakkan di bawah jagaan seorang group manager.
Dengan lantikan sebagai group manager, peratus komisyen kita juga akan meningkat dan kita juga akan dapat overiding daripada team yang kita jaga.
Pihak agensi melantik kita sebagai group manager bukan sahaja semata-mata untuk naikkan peratus komisyen kita. Tapi kita di sertakan dengan tanggungjawab besar untuk bantu agensi. Terutamanya berkenaan menguruskan perunding hartanah bawahan kita. Antara Skop Kerja Group Manager
1) Memastikan Capai Target
Tugas utama group manager adalah untuk memastikan perunding hartanah di bawah kita boleh capai target minima jualan yang agensi tetapkan. Bila semua perunding hartanah capai target jualan atau melebihi target yang agensi tetapkan, semastinya target group akan tercapai dan group akan dianugerahkan mengikut pencapaian kita.
2) Tunjuk Cara Kerja Yang Betul
Semua perunding hartanah yang baru kemungkinan masih belum mahir dengan skop kerja sebagai perunding hartanah. Jadi, tugas kita untuk tunjukan cara yang betul. Dengan pengalaman yang ada mungkin kita hanya sampaikan & lakukan aktiviti hartanah seperti biasa. Mereka akan follow apa yang group manager buat.
3) Kelas Untuk Team
Dalam dunia hartanah, selain cara pemasaran. Yang juga penting kita tahu adalah tentang perundangan hartanah. Agensi akan buat kelas untuk semua, tetapi kita juga boleh buat kelas atau sesi sharing bersama team.
4) Group Meeting
Setiap sebulan sekali kita adakan group meeting untuk memastikan target group dan target agensi mencapai tahap yang di tetapkan. Dengan group meeting kita dapat berkongsi pelbagai maasalah atau apa sahaja yang berkenaan kerja.
5) Reward
Jika kita mempunyai team perunding hartanah yang sangat komited dalam kerjaya insyaallah kita layak untuk dapat anugerah best group atau best group. sekali sekala apa salahnya kita reward team. Bawa makan-makan atau bagi hadiah untuk team.
Love My Team #propertysisters
No comments:
Post a Comment