Monday, February 12, 2018

Peranan Wanita Dalam Hartanah Bantu Mudah Beli Rumah




Teks & Gambar : Mimi Rahim

Sebagai wanita kita biasanya tidak ambil tahu tentang pemilikan hartanah. Terutamanya wanita yang tidak bekerja iaitu suri rumah. Mungkin kita fikir soal sediakan tempat tinggal adalah kerja lelaki. Dan budaya kita orang melayu cukup lah hanya satu rumah untuk satu keluarga.

Namun sekarang ada juga yang sudah celik mata dengan pentingnya mimiliki hartanah lebuh dari satu, Mungkin sekarang ini banyak kemudahan untuk dapat maklumat, contohnya dari facebook atau whatsapp. Kalau dulu mungkin dengan baca buku sahaja kita akan dapat ilmu tentang pelaburan hartanah. 

Agensi Kak Mie mengadakan seminar yang bertajuk Mudahnya Membeli Hartanah, dalam seminar itu Kak Mie diberikan satu slot tentang peranan wanita dalam pelaburan hartanah. Iaitu peranan untuk bantu ketua keluarga untuk memiliki rumah.

Apakah Peranan Yang Di Maksudkan ?

Bila bercerita mengenai peranan wanita, semua nya berkaitan dengan aktiviti dalam rumah tangga, contohnya jaga anak-anak, menguruskan suami dan rumah. Tetapi tidak di nafikan juga ramai suami yang menyerahkan urusan kewangan pada isteri. 

Biasanya wanita berperanan untuk beli barang-barang rumah, bukan beli rumah. Berapa ramai wanita yang habiskan duit untuk beli barangan rumah. Walaupun hanya menyewa. Dalam kata lain tolong bayarkan loan rumah kepada tuan rumah. 

Nafsu beli ini yang wanita mesti tukar sebenarnya, wanita hendaklah memainkan peranan yang penting untuk mengawal perbelanjaan harian untuk kehendak dan tukar kepada simpanan untuk pelaburan.

 wanita juga perlu serba sedikit mesti tahu ilmu tentang membeli rumah. Rumah yang macam mana perlu di beli dahulu, rumah untuk tinggal atau rumah untuk bagi sewa. Contohnya jika kita staf kerajaan yang sudah diberikan kuaters, kita boleh ambil peluang untuk beli rumah dan sewakan. Ini akan bantu tambah pendapatan kita. 

Wanita atau isteri juga bertanggungjawab untuk dedahkan suami tentang pengetahuan pelaburan hartanah, paling senang minta dia turut serta untuk follow orang-orang yang selalu berkongsi ilmu di facebook. Jika suami jenis yang bukan kaki facebook, bacakan sahaja apa yang kita baca pada suami. 

Bila ada masa yang sesuai, jadikan hobi  buka iklan rumah untuk dijual, antaranya laman web mudah.my, property guru atau iproperty. Dengan ini kita tahu harga rumah semasa di lokasi yang ingin kita beli. Jika belum ada simpanan, dengan cara ini kita boleh buat perancangan kewangan untuk beli rumah.

Sekarang banyak pihak pemaju mengadakan pameran jualan rumah baru, cari masa ajak suami dan anak-anak dating di tempat pameran rumah contoh. Dengan cara ini akan menaikan semangat untuk memiliki rumah sendiri. Mungkin sekarang sekadar berangan, insyaallah dengan perancangan yang rapi, impian akan menjadi kenyataan.

Jika ada masa sesuai dan peluang, boleh lah join kelas pelaburan hartanah. Untuk belajar beli rumah lebih dari satu. Kita semua tahu harga hartanah sentiasa meningkat, jika sekarang kita beli 300k, 10 tahun nanti mungkin akan meningkat 600k. Bayangkan jika kita ada beberapa biji rumah.

Semua orang nak ada banyak rumah, kita cuma kurang dengan ilmu hartanah dan tiada pendedahan dari kecil. Jadi peranan wanita sebagai ibu, mungkin kita cuba untuk dedahkan anak-anak tentang pentingnya ilmu tentang pelaburan hartanah.

Semoga bila kita sebagai wanita betul-betul memainkan peranan dalam keluarga, ia akan membantu untuk memudahkan belian rumah pertama dan seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...