Teks & Gambar : Mimi Rahim
Untuk melancong ke sesebuah negara kita perlu melakukan sedikit kaji selidik tentang negara yang kita nak melawat. Antara perkara asas yang wajib kita tau adalah masa yang sesuai untuk kita melawat, dan cara untuk masuk ke negara tersebut.
Dengan megetahui cara untuk masuk ke negara tersebut kita boleh sediakan apa yang perlu dan apa yang dilarang. Waktu yang sesuai untuk kita siap sedia dengan keperluaan mengikut kesesuaian cuaca pada waktu tersebut.
Beberapa Yang korang mesti tahu.
1) Syarat atau peraturan masuk Australia
Dengan tahu syarat-syarat yang ditetapkan, kita tahu apa yang perlu sediakan, comtohnya visa. Larangan bawak masuk sesetengah barangan, contohnya larangan ketat untuk produk tenusu dan biji benih. Korang jangan cuba seludut, kat airport anjing pengesan siap sedia tunggu korang.
2) Pilih Waktu atau Cuasa yang sesuai
Australia merupakan negara empat musim, korang boleh pilih musim yang macam mana korang suka. Kak Mie tak suka sangat cuaca terlalu sejuk. Dengan tahu cuaca atau suhu masa nak melawat, kita boleh sediakan pakaian yang sesuai.
3) Pilih Lokasi
Pilih tempat yang korang nak pergi, contohnya nak melawat ibu negara Australia, Nak damai-damai kat tepi pantai atau nak tempat yang macam mana, apa yang korang nak pergi tengok tu. Sebab korang tak boleh nak habiskan dalam seminggu semua tempat kat Australia. Kak Mie pilih Gold Coast sebab nak bawak anak ke taman tema, Gold Coast memang meriah dengan tama tema.
4) Booking Tiket penerbangan
Bila dah pilih part mana yang korang nak pergi kat Australia, boleh lah beli tiket. Tiket penerbangan beli awal labih murah. Jangan macam Kak Mie seminggu nak pergi baru beli, sebab memang tak plan pun. Rasa macam nak g port dickson jer pun... terbeli tiket Gold Cost hahahaha. Dah kecut perut nak tunggu VISA siap.
5) Booking Hotel
Boleh lah booking hotel mengikut kapasiti yang korang bawak mengikut memampuan . Banyak laman web yang menawarkan pilihan hotel. Yang penting pilih hotel di lokasi yang korang rasa selesa. Macam Kak Mie akan google lokasi yang paling ramai orang pergi dan senang cari makanan halal.
6) Jadual Perjalanan
Tiket dah ada boleh lah buat jadual perjalanan semasa berada di sana. Bermula dari tiba di airport hingga balik semula ke Airport. Jadual perjalanan membantu kita untuk tidak buang masa dengan perkara yang sia-sia kat sana. Ialahkan bukan kita selalu nak kesana. tanpa jadual perjalanan mungkin kita hanya tidur sahaja kat hotel dan hanya jalan-jalan sekitar hotel. Nanti Kak Mie share lagi yer kenapa perlu adanya jadual perjalanan dan cara nak buat. Buat jadual perjalanan mengikut budget korang, kat mana korang nak pergi.
7) Pengangkutan
Bila korang dah buat jadual perjalanan, korang mesti tahu pengangkutan apa yang sesuai semasa berada di sana. Kak Mie bawak 9 orang sekeluarga,mak, adik, pembantu rumah, empat di antara nya adalah anak-anak kecil Kak Mie. jarak perjalanan antara lokasi pula jauh, terpaksa sewa van panjang. Dan korang kena tahu syarat untuk kanak-kanak bawah enam tahun mesti guna car seat dalam kereta. Kalau tak kena saman ok.... Terpaksa cari van yang ada sediakan car seat. Bertambah lah kos kami.
8) Peralatan Yang Nak Bawa
Senaraikan apa yang korang rasa perlu untuk bawa di sana. Contonya untuk yang ada anak kecil macam Kak Mie, mesti ada stroller yang senag bawa. Ubat-ubatan, pakaian yang sesuai, makanan sampingan yang ada kat sana, dan duit untuk shopping jangan di lupo.. :)
No comments:
Post a Comment