Friday, February 9, 2018

Cara Cepat Luluskan Visa Pembantu Rumah Filipina Ke Australia




Teks & Gambar : Mimi Rahim


Cara untuk masuk ke sesebuah negara berlainan, Setiap negara ada peraturan yang kerejaan mereka sudah tetapkan. Jadi sebelum tergopoh beli tiket, dan sebagainya, google dulu syarat untuk masuk ke nagara yang kita nak melawat tu. ada negara yang tidak memerlukan visa. Sebagai rakyat malaysia, kita hanya perlu memohon visa secara online sahaja. Kos setiap visa hanya RM20, jangka siap biasanya dalam tempoh tiga hari. Paling awal sehari.

Kak Mie ingatkan cara permohonan visa untuk pembantu rumah Kak Mie warga Filipina juga adalah sama. Lain yer korang.... Untuk memohon visa mereka, majikan dan pembantu mesti pergi ke Department of Immigration and Border Protection Australian High Commission, Kuala Lumpur yang terletak di Wisma MCA Jalan Ampang. 

Kak Mie share entri ini supaya tak buang masa korang, Memandangkan Kak Mie dah ada pengalaman siapkan VISA pembantu rumah Kak Mie. Kak Mie bernasib baik masa itu jumpa dengan staf sana yang sangat baik. Dia bagitau cara yang betul untuk cepatkan proses. Tapi Dia cakap belum tentu dapat sebab Kak Mie hanya ada tiga hari ke tarikh penerbangan sedangkan sebelum ini paling awal Visa siap adalah dalam tempoh 10 hari. 

Tapi Kak Mie tawakal sahaja, dah lah kos visa dorang RM600 yer...ok Kak Mie senaraikan dokumen yang korang kena sediakan :-

1) Isi Borang dengan lengkap ( bukan borang untuk melawat yer, borang sebagai past pekerja, sebab mereka masuk untuk jadi pekerja kepada kita)
2) Passport pemohon
3) Agreement kerja antara majikan dan pembantu rumah ( dorang nak tengok betul ke bekerja dengan kita) 
4) ic majikan
5) penyata gaji majikan
6) Bank statement majikan ( nak tengok kita mampu untuk tanggung kos kat sana)
7) Tiket pergi balik
8) hotel Booking'
7) Kalau ada bukti car rental booking lagi bagus
8) Buatkan surat rasmi kenapa kita perlu bawa pembantu ke sana. ( ini yang di sarankan oleh staf kat sana)

sebelum balik rumah sempat bagitau staf tolong lah saya ,hihi dorang selamba jawab. biasa 10 hari puan.... lagi kecut Kak Mie dengar. Dah terbayang macam mana nak heret anak-anak kecil empat orang tanpa pembantu dengan maid pula buat muka sedih lagi. Tinggi harapan dia nak melawat negara orang.

Balik rumah Kak Mie tak duk diam tau, Bukan hanya berserah. Kak Mie email mereka setiap setengah jam sekali hahahhaha, Korang kena tau untuk urusan visa hanya melalui email. Sehingga lah hari ke tiga dorang call, " Puan please jangan email lagi, VISA dah lulus." hihihi 

Kesimpulannya kita jangan berserah sebelum penamat, usaha berserta tawakal, doa sudah pastilah kan... So kami semua berlepas ke Autralia dengan tenang. Alhamdulillah.....




No comments:

Post a Comment

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...