Teks & Gambar : Mimi Rahim
Dari minggu lepas Kak mie dah rancang untuk keluar minum dengan geng kopi Kak Mie. Kak Mie memang pilih hari jumaat kerana setiap jumaat Qisya tak der kelas. Kak Mie hanya perlu hantar kakak Qaleesya dan abang habib dan ambil jam lima petang. Ada lah masa sikit untuk diri sendiri.
Selepas hantar anak-anak ke sekolah, Kak Mie singgah beli keperluan dapur dan sedikit makanan ringgan untuk anak. Esok kan sabtu... anak-anak tak ke sekolah, bekalan makanan ringgan memang selalu kering jika mereka di rumah.
Temu janji lepas jam dua lepas zohor. Kak Mie buat dulu kerja rumah apa yang patut. Sempat juga whatsapp team bagitau kejab lagi Kak Mie akan kopi dengan puan Lawyer, Iaitu salah sorang dari geng kopi kami. Minta mereka senaraikan apa-apa soalan berkenaan rumah.
Selepas solat zohor Kak Mie ke cafe yang di janjikan. Macam biasa kami suka tengok menu baru untuk cuba. Ini antara salah satu geng yang suka jalan-jalan cari makan. Kami suka cuba makan di restoran baru dan cuba makanan baru.
Walaupun kita sudah berkeluarga, Kak Mie rasa kita perlu ada kawan yang rapat yang kita boleh berkongsi cerita harian kita dan berkongsi pendapat. Tetapi bila jumpa peguam hartanah, cerita hartanah adalah cerita wajib kami. Terpaksalah puan peguam layan kitorang dengan soalan-soalan berkenaan dengan kerja beliau.
No comments:
Post a Comment