Teks & Gambar : Mimi Rahim
Semalam adalah hari ke dua Kak Mie belajar di INSPEN . Untuk korang yang belum tahu berkenaan dengan inspen, Boleh ke laman web inspen atau Institut Penilaian Negarahttp://www.inspen.gov.my/inspen/
Kak Mie nak share hari ke- dua belajar di INSPEN. Kelas bermula jam 9 pagi. Kelas pertama adalah kelas ekonomi, Kak Mie dah boleh bayangkan kelas pensyarah ni macam mana, kerana kami dah berkenalan di kelas pertama hari tu. Kak Mie boleh katanya pensyarah ni best sangat. Sangat sporting. Ok lah untuk otak mak-mak macam Kak Mie ni kan.
Untuk sesi petang, adalah kelas Law. Last week bila break time zohor Kak Mie sempat balik rumah jenguk anak. Tapi kali ni rasa macam tak sedap hati nak balik. Sebab lepas zohor kelas bersama tuan hakim. Risau pula takut terlambat.
Betul jangkaan Kak Mie, bila tiba kelas bermula. Beliau arahkan pintu di tutup. Beliau bagitau siap-siap, kami mesti masuk sebelum beliau masuk. Pada awal nya rasa seperti dalam makamah. Bercampur dengan Kak Mie gugup nak belajar LAW kan. Tapi bila selepas sejam baru rasa boleh sesuaikan diri.
Dalam kelas ini betul-betul kena bagi tumpuan dan faham sebab ini adalah pertama kalinya Kak Mie belajar subjek ini. Di tambah pula pensyarah bagitau kelas berikutnya ada ujian.
Untuk pengetahuan korang kelas kami di INSPEN adalah sabtu dari jam 9 pagi- 9 malam. Jadi kami mesti kena ada kekuatan dari segi fizikal dam mental. Ada juga masa nya terlelap dalam kelas, haha. Masa tu terdetik adakah Kak Mie salah timing, sambung belajar masa anak masih menyusu. Maklumlah dengan tak cukup tidur malam, si baby raisya ni bangun susu tiga kali setiap malam.
Alhamdulillah nasib baik ada sokongan dari kawan-kawan yang lain. Mereka sentiasa bagi semangat untuk Kak Mie teruskan. Mesti habis sama-sama katanya. Harap Kelas berikut nya Kak Mie dapat selesaikan dengan semangat !!
No comments:
Post a Comment