Thursday, January 11, 2018

Pencapaian Suri Rumah Perunding Hartanah Dalam Bidang Hartanah


Teks & Gambar : Mimi Rahim


Dari mula kita melibatkan diri dalam dunia hartanah semestinya kita sudah tetapkan matlamat kenapa kita  sertai bidang ini. Ramai terlibat semata-mata kerana ingin menampung keperluan keluarga dan mungkin untuk menampung komitmen kita, jadi bila semua keperluan dan komitmen sudah selesai kita anggap target kita sudah selesai. Namun tanpa minta yang mendalam dalam bidang hartanah mungkin kerja kita tak seronok.

Pencapaian adalah subjektif, hanya diri kita yang boleh menilai tahap pencapaian kita mengikut target yang kita tetapkan. Apa yang kita capai untuk diri kita , untuk organisasi , untuk keluarga dan secara tidak langsung untuk masyarakat.


1) Pencapaian Untuk Diri Sendiri

Bila kita tetapkan matlamat pendapatan kita dan kita berjaya capai target yang di tetapkan. Secara langsung akan menaikan keyakinan diri kita. Kita lebih semangat dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan kita dalam hartanah akan meningkat selari dengan pengalaman kita.

2) Pencapaian Dalam Organisasi ( agensi hartanah )

Rasa lebih di hargai bila usaha kita dalam kerjaya di nilai dengan penambahan komisyen dan lantikan daripada perunding hartanah biasa ke group manager atau peringkat yang lagi tinggi. Rangkaian kita dalam hartanah juga akan lebih besar bila lebih di kenali dalam kerjaya ini. Ini memudah kan lagi kerja kita. Kita sudah capai untuk naikkan komisyen dan besarkan jaringan dengan mereka yang terlibat dalam hartanah.

3) Pencapaian Untuk Keluarga

Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah, Kita memberi kelebihan pada keluarga kerana kita mempunyai pengetahuan tentang hartanah. Kita mempunyai peluang membuat perancangan untuk keluarga dengan betul. Ini akan memberi impak perancangan masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak dan keluarga supaya target masa depan keluarga tercapai.


Alhamdulillah Dapat Tolong Kawan Satu sekolah Beli Rumah Pertama


4) Pencapaian Untuk Masyarakat

Bila kita di kalangan kawan-kawan atau pelanggan kita. Tajuk hartanah antara tajuk yang seronok untuk di bincangkan. Sebagai perunding hartanah semestinya faham tentang pasaran hartanah lebih dari orang lain. Dan tugas kita untuk mengajak kawan-kawan terdekat untuk melabur dalam hartanah. Iaitu melabur dengan betul. Bagi Kak Mie ini adalah fardhu kifayah untuk perunding hartanah.  Kita sudah capai hasrat untuk lihat masyarakat kita faham tentang pelaburan hartanah.


Kita boleh nilai sendiri apa pencapaian kita dalam bidang kita. Semakin kita serius dalam sesuatu bidang semakin mudah untuk kita capai matlamat kita.




No comments:

Post a Comment

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...