Teks & Gambar : Mimi Rahim
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat yang di kasihi. Hari minggu yang lepas saya berpeluang mengunjungi pesta halal yang berlangsung di Sri kembangan. Terlintas ingin berkongsi pengalaman saya tentang makanan halal di kota Paris. Sudah lama saya impikan untuk sampai ke kota Paris, Alhamdulillah pada bulan Mei yang lalu saya diberi keizinan oleh Allah untuk menjejak kaki di kota Paris buat pertama kalinya. Kota Paris merupakan kota impian semua masyarakat dunia. Terutamanya para penggemar fesyen, kerana paris sinonim dengan gelaran kota fesyen.
Bulan mei antara masa yang sesuai untuk menikmati keindahan kota Paris. Dengan suhu antara 16 - 22 darjah celcius membolehkan kita melakukan aktiviti luar dengan selesa. Sesuai untuk kulit kita orang malaysia, kerana tidak terlampau sejuk.
Perasaan teruja menantikan tarikh untuk terbang ke eropah masih segar dalam ingatan, masa tu terbayang keindahan tempat-tempat menarik di sana dan barang-barang jenama yang menjadi idaman hati. Kalau bezakan Harga di butik Malaysia, memang sangat berbaloi untuk kita beli di sana. Antara jenama buatan Perancis adalah Hermes dan Louis Vuitton.
Sebulan sebelum berlepas saya sudah mula membuat persiapan untuk keperluan yang hendak dibawa, contohnya pakaian yang sesuai dengan musim itu, iaitu pengakhiran musim bunga, ubatan dan vitamin yang di perlukan. Apa yang paling penting adalah saya bersedia dengan keperluan kalori yang cukup untuk membekalkan tenaga semasa berada di sana. Kerana kita memamg sedia maklum bahawa di sana susah untuk mendapatkan makanan yang halal mengikut citarasa kita.
Di sini saya kongsikan salah satu syarikat pembekal makanan halal yang memberi kita kemudahan membawa makanan asasi asia dengan bungkusan yang senang di bawa. Iaitu Brahim's Holding Sdn Bhd. Jenama Brahim's memamg terkenal bagi orang yang suka melancong. Terdapat dengan pelbagai menu makanan, contohnya sambil bilis, kurma ayam, rendang ayam. nasi goreng kampung dan banyak lagi makanan yang di pek siap. Kita hanya perlu merendam pek makanan dalam air mendidih dan sedia di makan. Sangat mudahkan. Jangan risau dengan rasanya, kerana teknologi pembungkusannya di jamin untuk melindungi ketahanan makanan.
No comments:
Post a Comment