Wednesday, February 14, 2018

Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah



Teks & Gambar : Mimi Rahim


Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, property guru dan iproperty. Dalam laman web tersebut terdapat bermacam jenis rumah dan pelbagai harga yang di iklankan oleh perunding hartanah. Di iklan tersebut tertera nombor perunding hartanah yang boleh di hubungi.


Apa Yang Perlu Sebelum Hubungi Perunding Hartanah?

Bila kita ingin beli rumah, jangan bila tengok jer gambar rumah cantik yang perunding hartanah iklankan kita terus call. Perkara yang wajib anda tetapkan adalah harga hartanah yang mampu anda beli, iaitu dengan semak kelayakan anda dengan bank. Tetapkankan lokasi yang hendak di beli.Dan pastinya anda sudah tetapkan tujuan belian, adakah untuk tinggal sendiri atau untuk di sewakan. Tetapkan juga jenis hartanah iaitu rumah landed atau apartment. Tetapkan dulu matlamat rumah atau hartanah yang ingin kita beli. supaya anda tidak buat keputusan yang salah.

Perkara ini penting kerana bila kita buka laman web, kita boleh filter mengikut apa yang telah di tetapkan. Sebagai contoh, jika kita mencari kawasan  Shah Alam sekitar harga bawah 500k, terus pilih senarai hartanah di kawasan tersebut dan akan keluar senarai hartanah beserta nombor untuk di hubungi.

Bila lihat nama perunding hartanah yang menguruskan hartanah yang kita minat itu, cuba google nama berkanaan untuk tahu details mengenai beliau. Boleh dikatakan hampir semua prunding hartanah mempunyai facebook. Boleh lah view sedikit tentang latar belakang dan mengenai syarikat perunding hartanah tersebut. Call atau whatsapp mereka untuk bertanyakan adakah hartanah tersebut belum di jual.

  

Urusan Semasa Hubungi Perunding Hartanah

Selalunya soalan yang Perunding Hartanah akan tanyakan adalah.
- Tujuan Belian hartanah ( Adakah Untuk tinggal sendiri atau sewakan )
- Alamat tempat tinggal sekarang
- Alamat tempat kerja
- Berapa budget sebenar
- Cara bayaran cash, loan kerajaan atau loan bank
( pembeli hendaklah menyemak kelayakan max terlebih dahulu)
- Lokasi yang berhampiran yang mungkin jadi pilihan
- Jenis rumah yang jadi pilihan, cth; teres,  semi d, banglo

Jika mahukan urusan berjalan cepat, sebaiknya terus bagitau details di atas, untuk memudahkan perunding hartanah padan kan dengan senarai hartanah yang dia ada. Mungkin dia ada beberapa hartanah untuk di jual tapi dia hanya iklan kan satu.

Minta perunding hartanah menerangkan serba sedikit tentang hartanah tersebut sebelum membuat keputusan untuk view unit rumah tersebut. Jika berpuas hati dengan  details yang di beri,
Bagitau masa yang sesuai untuk perunding hartanah bawa view hartanah yang hendak di jual tersebut.

Urusan Semasa View 

Sebelum tarikh view, sediakan semua dokumen untuk belian rumah, contoh slip gaji untuk mudahkan perunding hartanah kirakan kelayakan pinjaman, tapi jika yakin dengan jumlah pinjaman, kita hanya perlu bagitau perunding hartanah,

Semasa jumpa perunding hartanah di lokasi yang hendak di jual, Kenalkan diri kita, nama dan dari mana. Kerana mungkin pada hari itu bukan hanya kita yang datang untuk view hartanah tersebut.

minta perunding hartanah terangkan sekali lagi tentang rumah tersebut, adakah sama dengan semasa beliau terangkan sebelum view. Sediakan beberapa sahaja soalan yang hendak di tanya. Walaupun tuan rumah berada bersama ketika view, soalan sepatutnya di ajukan pada perunding hartanah yang mewakili kita. Dan tugas perunding hartanah meminta tuan rumah untuk terangkan details.

Selepas view, Jika kita sudah yakin tentang rumah tersebut, sebab dari awal kita sudah buat kajian tentang rumah tersebut sebelum set temujanji dengan perunding hartanah. Ingat yer kita sendiri mesti tahu tentang hartanah yang nak kita labur, jangan 100% bergantung pada perunding hartanah. Penting juga tahu serba sedikit tentang proses belian. Jika perlu untuk terus buat keputusan, minta perunding hartanah terangkan proses seterusnya . Runding boleh bermula.

Urusan Selepas View

Jika kita memerlukan masa untuk membuat keputusan. Tetapkan tertentu untuk kita buat keputusan. Kerana setiap client yang perunding hartanah bawa, mereka mahukan feedback dari pembeli.

Jika kita  tidak berminat dengan rumah tersebut, nyatakan kenapa .Supaya perunding hartanah noted perkara tersebut. Kak Mie suka berurusan dengan seorang sahaja perunding hartanah. Contohnya jika kita tidak berminat dengan hartanah tersebut, minta perunding hartanah yang sama untuk carikan unit lain untuk kita.

Kita tidak perlu susah-susah melayari laman  web lagi, dan tidak perlu set temujanji dengan beberapa orang perunding hartanah lain di berlainan lokasi. Bagitau sahaja apa yang anda mahukan, Perunding hartanah tadi yang mewakili kita akan carikan untuk kita.  Tapi jika kita nak juga tengok iklan di mana-mana, kita hanya screenshot dan hantar kepada perunding hartanah untuk beliau deal temujanji dengan pihak perunding hartanah lain yang iklan kan hartanah tersebut. Dengan ini akan jimat kan masa kita. 

Sahabat REN Dari Syurga



Teks & Gambar : Mimi Rahim


Pada hari ahad lepas Kak Mie ada bawa seorang client untuk view unit rumah di Apartment Suri Puteri Shah Alam.
lebih kurang jam 9am pembeli tiba, Kak Mie bawa dulu pusing sekitar apartment dan tunjukkan kemudahan yang ada kat apartment itu. Apa yang best ka Suri Puteri adalah kerana surau nya sangat aktif, kalau kita tengok kat papan kenyataan depan surau, memang macam-macam aktiviti ada. Persekitaran apartment sangat bersih, nampak sangat dorang jaga elok. Untuk yang ada anak kecil sangat membantu kerana kat tingkat bawah ada tadika dan pra tahfiz. Senang hantar anak-anak.

Bila dah satle kat sekitar apartment, mula lah jelajah satu rumah  ke satu rumah. Setiap rumah ada keistimewaan masing-masing. Contohnya rumah pertama dah renovate siap, cuma ada sikit rosak pada lantai, rumah ke dua kosong tapi view cantik, rumah ke tiga paling besar.

Dah habis view mula sesi berbincang dengan pembeli, pembeli pertama suka dengan rumah pertama kerana jimat katanya ,terus boleh masuk. Pembeli ke dua suka rumah yang kosong sebab nak renovate cara sendiri. Lain orang lain citarasa kan. Kak Mie terangkan serba sedikit, pembeli nampak positif.

Alhamdulillah, hari ini pembeli sampaikan hasrat untuk booking unit tersebut. Tapi Kak Mie bagitau untuk bagi penerangan kali ke dua dengan jelas. Kak Mie cuba set kan temujanji masa makan tengah hari tapi pembeli minta adakan malam sebab urusan kerja.

Sebenarnya nak cerita tentang sahabat yang Allah anugerahkan pada Kak Mie, mereka sangup tolong Kak Mie pergi ke Shah Alam untuk terangkan pada client Kak Mie. Sangat besar pengorbanan meraka sanggup tinggalkan sekejab anak yang sedang menyusu dan suami di rumah.

Alhamdulillah urusan dengan Client Kak Mie selesai dengan beliau berpuas hati berurusan dengan team kami, Kak Mie sangat berterima kasih pada mereka dan syukur Allah jumpa kan sahabat dari syurga .....



Travel Bangkok



Teks & Gambar : Mimi Rahim

Assalamualaikum......

Salam riang ria daripada saya yang tengah rindukan makanan Bangkok.
Sahabat yang pernah membaca entri pengenalan diri saya mesti sedia maklum bahawa hobi saya adalah melancong. 





Bangkok, Thailand adalah salah satu pilihan percutian yang paling seronok bagi saya. Thailand bagaikan syurga makanan bagi orang yang suka makan. Dari rumah saya sudah senaraikan apa yang akan saya makan di sana, Tomyam Kung adalah menu wajib. Cuma bagi kita yang beragama  islam mesti berhati-hati memilih restoran. Mudah jika ada pemandu pelancong yang beragama islam.

                       
Untuk pemilihan hotel, saya pilih Novotel Bangkok Platinum. Harga tidak lah terlampau mahal lebih kurang RM500 untuk satu malam. Novotel salah satu hotel baru di kota Bangkok. Keselesaan dan layanan kaki tangan hotel membuatkan kita tidak serik untuk menginap lagi. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng hanya 17km. Antara faktor yang menarik adalah, hotel ini di kelilinggi pusat membeli belah besar antaranya Platinum Fashion Mall, Central World, Pratunam dan banyak lagi. Kemudahan pengankutan awam SARL hanya mengambil masa 8 minit berjalan kaki, memudahkan kita untuk ke Siam Paragon.

chatuchak


Antara aktiviti yang tidak boleh anda lepaskan bila melancong di Bangkok adalah mengelilingi bandararaya menaiki tut tut. Bangkok juga terkenal  dengan kehidupan malam yang tidak pernah sunyi, anda boleh berkunjung ke night market. Tidak lengkap jika tidak pergi ke chatuchak, iaitu pasar hujung minggu yang sangat meriah.


Saya juga tidak melepaskan peluang menyusuri sungai choa phraya dengan menaiki kenderaan air yang di panggil water bus. Sebelum meninggalkan kota Bangkok pastikan anda menikmati makanan Thailand di street food. Di sini terdapat pelbagai makanan Thailand yang tidak terdapat di Malaysia.

Thailand memang syurga makanan untuk orang yang suka makan :)

Makanan Halal Di Kota Paris



Teks & Gambar : Mimi Rahim

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat yang di kasihi. Hari minggu yang lepas saya berpeluang mengunjungi  pesta halal yang berlangsung di Sri kembangan. Terlintas ingin berkongsi pengalaman saya tentang makanan halal di kota Paris. Sudah lama saya impikan untuk sampai ke kota Paris,  Alhamdulillah pada bulan Mei yang lalu saya diberi keizinan oleh Allah untuk menjejak  kaki di kota Paris buat pertama kalinya. Kota Paris merupakan kota impian semua  masyarakat dunia. Terutamanya para penggemar fesyen, kerana paris sinonim dengan gelaran kota fesyen.

            

Bulan mei antara masa yang sesuai untuk menikmati keindahan kota Paris. Dengan suhu antara 16 - 22 darjah celcius membolehkan kita melakukan aktiviti luar dengan selesa. Sesuai untuk kulit kita orang malaysia, kerana tidak terlampau sejuk.


Perasaan teruja menantikan tarikh untuk terbang ke eropah masih segar dalam ingatan, masa tu terbayang keindahan tempat-tempat menarik di sana dan barang-barang jenama yang menjadi idaman hati. Kalau bezakan Harga di butik Malaysia, memang sangat berbaloi untuk kita beli di sana. Antara jenama buatan Perancis adalah Hermes dan Louis Vuitton.


Sebulan sebelum berlepas saya sudah mula membuat persiapan untuk keperluan yang hendak dibawa, contohnya pakaian yang sesuai dengan musim itu, iaitu pengakhiran musim bunga, ubatan dan vitamin yang di perlukan. Apa yang paling penting adalah saya bersedia dengan keperluan kalori yang cukup untuk membekalkan tenaga semasa berada di sana. Kerana kita memamg sedia maklum bahawa di sana susah untuk mendapatkan makanan yang halal mengikut citarasa kita.


Di sini saya kongsikan salah satu syarikat pembekal makanan halal  yang memberi kita kemudahan membawa  makanan asasi asia dengan bungkusan yang senang di bawa. Iaitu Brahim's Holding Sdn Bhd. Jenama Brahim's memamg terkenal bagi orang yang suka melancong. Terdapat dengan pelbagai menu makanan, contohnya sambil bilis, kurma ayam, rendang ayam. nasi goreng kampung dan banyak lagi makanan yang di pek  siap. Kita hanya perlu merendam pek makanan dalam air mendidih  dan sedia di makan. Sangat mudahkan. Jangan risau dengan rasanya, kerana teknologi pembungkusannya di jamin untuk melindungi ketahanan makanan.


Monday, February 12, 2018

Minat Pada Hartanah Dapat Menjana Pendapatan



Teks & Gambar : Mimi Rahim


Bila orang tanya macam mana suri rumah boleh terlibat dalam bidang hartanah. Kak mie susah nak mula cerita dari mana. Mungkin lepas ini Kak Mie boleh share sahaja link artikel ini. Perkara yang biasa mungkin terjebak kerana belajar dalam bidang ini, pengaruh kawan, kerana komisyen yang menarik atau kerana minat yang ada.

Dengan beberapa penyebab di atas Kak Mie mula buat posmotem sebab utama Kak Mie terlibat.
Ini cerita zaman remaja Kak Mie, suka ikut Ma (Ma panggilan ibu Kak Mie) jalan-jalan pusing kampung, kami suka tengok pelbagai jenis rekaan rumah & bila ada sahaja binaan rumah yang sedang di bina, mesti pergi tengok. Di tambah pula dengan atuk nenek Kak Mie juga yang suka jenis beli tanah, dia selalu cerita tentang dulu beli hartanah RM200 sekarang 200k. RM200 tu zaman zaman jepun yer. Apa yang Kak Mie Nak sampaikan adalah atuk selalu cerita tentang untung beli tanah atau hartanah lain. Masa tu dah best dengar. Cuma ilmu mendalam belum ada, sekadar cerita tentang harga tanah yang sentiasa meningkat.

Selepas tamat belajar, Kak Mie bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota. Juga melibatkan servis, iaitu memasarkan produk bank dan menguruskan pinjaman pelanggan. Sempat cedok pengalaman selama dua tahun. Kak Mie buat keputusan untuk berhenti menjadi suri rumah sepenuh masa.

Mungkin suri lain suka pergi ke kelas memasak, tapi lain pula dengan Kak Mie. Kak suka ke kelas hartanah. Tertarik ke arah itu mungkin sebab minat. Jadi faham lah kan, Memasak bukan minat Kak Mie, hihi.

Bermula sekadar menambah ilmu dalam bidang hartanah dan untuk membantu suami melabur dengan betul dan aktif adalah niat awalnya. Sehingga lah di satu kelas hartanah, ada slot tentang kerjaya sebagai perunding hartanah.

Dalam kelas tersebut menerangkan tentang skop kerja perunding hartanah. Kak Mie rasa perunding hartanah adalah orang penting dalam pelaburan hartanah. Sangat tertarik dengan skop kerja dari pemilihan hartanah hingga kepada urusan guaman. Dalam fikiran masa itu, bila kita jadi perunding hartanah kita boleh tahu segalanya tentang hartanah. Termasuk pasaran hartanah.

Bila borak dengan suami atau sahabat terdekat, seronok bila cerita tentang hartanah. Kak Mie mula perasan passion dalam ini sangat kuat. Selepas itu Kak Mie mula melibatkan diri dalam bidang hartanah dengan mendaftarkan diri dalam sebuah agensi hartanah di Shah Alam.

Begitulah jalan cerita Kak Mie dalam bidang perunding hartanah, bermula bukan sekadar nak tambah pendapatan , Tapi bermula dengan minat yang mendalam dalam bidang hartanah dan jadikan kerjaya ini sebagai hobi. Bestkan hobi yang boleh menambah pendapatan kita. Tambah pula pendapatan dalam bidang ini boleh tahan tinggi dan sangat berbaloi.

Bila kita ada minat dalam kerjaya kita, setiap apa yang kita lalui susah atau senang, kita lalui dengan tenang. Yang senang kita jadikan kenangan dan yang susah kita jadikan pengajaran untuk kita lebih matang dalam bidang kerjaya kita.


Peranan Wanita Dalam Hartanah Bantu Mudah Beli Rumah




Teks & Gambar : Mimi Rahim

Sebagai wanita kita biasanya tidak ambil tahu tentang pemilikan hartanah. Terutamanya wanita yang tidak bekerja iaitu suri rumah. Mungkin kita fikir soal sediakan tempat tinggal adalah kerja lelaki. Dan budaya kita orang melayu cukup lah hanya satu rumah untuk satu keluarga.

Namun sekarang ada juga yang sudah celik mata dengan pentingnya mimiliki hartanah lebuh dari satu, Mungkin sekarang ini banyak kemudahan untuk dapat maklumat, contohnya dari facebook atau whatsapp. Kalau dulu mungkin dengan baca buku sahaja kita akan dapat ilmu tentang pelaburan hartanah. 

Agensi Kak Mie mengadakan seminar yang bertajuk Mudahnya Membeli Hartanah, dalam seminar itu Kak Mie diberikan satu slot tentang peranan wanita dalam pelaburan hartanah. Iaitu peranan untuk bantu ketua keluarga untuk memiliki rumah.

Apakah Peranan Yang Di Maksudkan ?

Bila bercerita mengenai peranan wanita, semua nya berkaitan dengan aktiviti dalam rumah tangga, contohnya jaga anak-anak, menguruskan suami dan rumah. Tetapi tidak di nafikan juga ramai suami yang menyerahkan urusan kewangan pada isteri. 

Biasanya wanita berperanan untuk beli barang-barang rumah, bukan beli rumah. Berapa ramai wanita yang habiskan duit untuk beli barangan rumah. Walaupun hanya menyewa. Dalam kata lain tolong bayarkan loan rumah kepada tuan rumah. 

Nafsu beli ini yang wanita mesti tukar sebenarnya, wanita hendaklah memainkan peranan yang penting untuk mengawal perbelanjaan harian untuk kehendak dan tukar kepada simpanan untuk pelaburan.

 wanita juga perlu serba sedikit mesti tahu ilmu tentang membeli rumah. Rumah yang macam mana perlu di beli dahulu, rumah untuk tinggal atau rumah untuk bagi sewa. Contohnya jika kita staf kerajaan yang sudah diberikan kuaters, kita boleh ambil peluang untuk beli rumah dan sewakan. Ini akan bantu tambah pendapatan kita. 

Wanita atau isteri juga bertanggungjawab untuk dedahkan suami tentang pengetahuan pelaburan hartanah, paling senang minta dia turut serta untuk follow orang-orang yang selalu berkongsi ilmu di facebook. Jika suami jenis yang bukan kaki facebook, bacakan sahaja apa yang kita baca pada suami. 

Bila ada masa yang sesuai, jadikan hobi  buka iklan rumah untuk dijual, antaranya laman web mudah.my, property guru atau iproperty. Dengan ini kita tahu harga rumah semasa di lokasi yang ingin kita beli. Jika belum ada simpanan, dengan cara ini kita boleh buat perancangan kewangan untuk beli rumah.

Sekarang banyak pihak pemaju mengadakan pameran jualan rumah baru, cari masa ajak suami dan anak-anak dating di tempat pameran rumah contoh. Dengan cara ini akan menaikan semangat untuk memiliki rumah sendiri. Mungkin sekarang sekadar berangan, insyaallah dengan perancangan yang rapi, impian akan menjadi kenyataan.

Jika ada masa sesuai dan peluang, boleh lah join kelas pelaburan hartanah. Untuk belajar beli rumah lebih dari satu. Kita semua tahu harga hartanah sentiasa meningkat, jika sekarang kita beli 300k, 10 tahun nanti mungkin akan meningkat 600k. Bayangkan jika kita ada beberapa biji rumah.

Semua orang nak ada banyak rumah, kita cuma kurang dengan ilmu hartanah dan tiada pendedahan dari kecil. Jadi peranan wanita sebagai ibu, mungkin kita cuba untuk dedahkan anak-anak tentang pentingnya ilmu tentang pelaburan hartanah.

Semoga bila kita sebagai wanita betul-betul memainkan peranan dalam keluarga, ia akan membantu untuk memudahkan belian rumah pertama dan seterusnya.


Etika Atau Peraturan CO Agensi



Teks & Gambar : Mimi Rahim


Apa itu Co Agensi ?
Untuk mereka yang bekerja sebagai perunding hartanah, mereka mungkin sudah tahu apa itu CO agensi . Tahu bukan bermakna mereka  iaitu perunding hartanah tahu etika atau peraturan ber CO agensi. Co Agensi ialah Coloabrate antara perunding hartanah dalam sesama agensi atau boleh jadi berlainan agensi.


Kenapa CO agensi berlaku?
Sebagai perunding hartanah yang mempunyai tangungjawab untuk menjual rumah, kita hendaklah menjual rumah pemilik dengan kadar segera. Kita akan iklankan di semua medium untuk mendapatkan pembeli. Bila ada seorang perunding hartanah lain kebetulan mencari rumah yang kita iklan kan, akan berlakunya kerjasama antara perunding hartanah bagi pihak pemilik hartanah dan perunding hartanah bagi pihak pembeli. Komisen Biasanya dibahagi sama rata iaitu 50%-50%

Etika @ Peraturan Berkerjasama Antara Dalam Agensi Atau Agensi Berlainan

Dalam kerjasama melibatkan pihak lain, kita memang mesti menjaga etika dengan betul, ini untuk mengelakkan salah faham berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Biasanya perunding hartanah yang tidak tahu menjaga etika ketika berurusan akan tidak di sukai oleh rakan COA , seterusnya orang akan mengelak untuk bekerjasama dengan kita di kemudian hari. Ini akan menyusahkan diri kita juga. Berkara ini biasa berlaku, bukan hanya pada peunding hartanah baru sahaja.

Peraturan Sebelum COA

1) Selalunya jika kita mempunyai pelanggang yang ingin membeli rumah, dan unit tersebut adalah milik kawan perunding hartanah lain, kita ingin match untuk pembeli. hubungi rakan perunding hartanah yang memiliki listing tersebut dan beritahu hasrat untuk match kan unit tersebut dengan pembeli.

2) Minta pihak yang memenggang listing untuk setkan viewing

3)  Pihak perunding hartanah yang ingin membawa pembeli perlu terlebih dulu emailkan surat pemohonan untuk COA atau bekerjasama.

Jika kita di pihak tuan rumah, minta rakan yang ingin COA menghantar surat kepada agensi kita terlebih dahulu sebelum tarikh viewing.

Ini untuk secure kan kedua belah pihak, dalam surat tersebut mengandungi siapa yang berpihak di pihak pemilik dan pembeli, mengandungi juga jumlah pembahagiaan fee.

Peraturan Semasa Hari COA

1) Bila berjumpa sesama COA partner kita boleh bertukar bisnes kad, tapi DILARANG sama sekali untuk memberikan kad kepada client partner kita . Yang selalu berlaku ialah client yang di bawa oleh partner COA akan memberi kad mereka pada kita, sebab mereka tidak faham tentang etika COA. Apa yang Kak Mie amalkan adalah cari masa yang sesuai dan pulangkan pada perunding hartanah yang mewakili client tersebut.

Dengan cara ini kita dah elak salah faham antara rakan COA, tidak lah dia rasa kita akan sailang dengan cara kita hubungi  cleint tersebut dan berurusan terus kan. Selalu fikirkan untuk elak salah faham.

2) Biarkan sahaja pihak perunding hartanah pihak owner terlebih dahulu menerangkan tentang listing hartanah yang dia miliki dengan selesa. Mencelah pada masa yang sesuai.

3)  Tak perlulah kita terlebih sangat borak dengan client orang yer...

4) Bila view selesai, jika pihak pembeli mahu nego atau berurusan untuk seterusnya, bagitau boleh berurusan dengan perunding hartanah yang beliau lantik. Jika proses nego jual beli berlaku dalam masa yang sama, perunding hartanah mewakili client masing-masing untuk dapat kata sepakat dengan baik.

5) Dah selesai tu tinggalkan pihak COA yang mewakili pemilik hartanah bersama pemilik, jika pemilik rumah ada bersama, tak perlulah kita menyelit bersama pemilik rumah, kerana kita bukan berpihak kepada pemilik. Pemilik adalah client orang yer.....

Perunding hartanah yang mewakili pembeli harus mengirirngi client untuk beredar, Kak Mie bagitau sebab ada kes yang COA partner pihak pembeli rancak nak borak dengan pemilik rumah. Ini berlaku keadaan yang tidak selesa oleh COA partner kita.

6) Sebelum balik ucaplah terima kasih luangkan masa untuk hari ini, harap dapat bekerjasama lagi,

Selepas COA

1) Sebagai pihak yang mewakili pembeli, update kepada pihak COA partner tentang status terkini.

2) JANGAN sesekali yer cubaan untuk ingin terus berurusan dengan pemilik rumah walaupun pemilik rumah itu kemungkinan kawan kita rupanya. Kawan kita itu mungkin tidak faham tentang etika COA, Kita mesti terangkan etika yang betul.  Jadilah seorang perunding hartanah yang profesional.

p/s : Sebagai Team Leader, anda sepatutnya tunjuk cara yang beretika kepada perunding hartanah baru dalam group anda.

Sedikit kesilapan dalam boleh VIRAL beb, so jaga tingkah laku, dunia hartanah Malaysia tak besar mana pun...Jangan malukan diri sendiri.

                                         Aktiviti Selepas Co Agensi ;)



Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...