Wednesday, January 24, 2018

Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Perunding Hartanah


Teks & gambar : Mimi Rahim




Dalam bidang hartanah ini, banyak cara untuk kita tambah pendapatan sebenarnya. Bila makin
lama kita dalam bidang hartanah, makin kita akan lebih berpengalaman untuk cipta pendapatan dari pelbagai sudut. Contohnya dari jualan hartanah, dari sewaan hartanah ataupun dari pelaburan hartanah dan lain-lain.

Yang Kak Mie bagitau  itu semua pendapatan seorang perunding hartanah. Hari ini Kak Mie nak share bagaimana pula perunding hartanah dapat bantu kawan-kawan untuk tambah pendapatan sampingan.

Ada dua cara, pertama korang boleh kongsikan senarai hartanah yang kami jual kepada kawan-kawan kamu. Contohnya jika korang lihat perunding hartanah share hartanah yang hendak di jual, korang boleh minta izin untuk ambil dan share kepada saudara atau kawan terdekat kamu. Korang deal siap-siap komisen yang perunding hartanah boleh beri jika ada kenalan kamu yang berminat untuk beli. Korang jangan lupa tukar nombor yang perlu di hubungi kepada nombor telefon korang. Supaya pembeli hubungi kamu terlebih dahulu.

Cara ke dua adalah dengan mencari pemilik hartanah yang hendak jual rumah. Kamu boleh jadi referal kepada pemilik rumah itu. Ini juga korang boleh terlebih dahulu deal komisen jika ada listing yang korang nak bagi pada perunding hartamah. Jika terjual korang boleh lah dapat komisen kan.

Jika sebuah rumah dapat RM1000 ok lah kan, ada juga duit tambahan korang setiap bulan. Sekarang korang boleh lah cari kawan perunding hartanah yang korang rasa selesa untuk berurusan.

Matlamat Baru Pilih Menu Sihat


Teks & gambar :  Mimi Rahim


Selalu nya Kak Mie duk share tentang hartanah jer kan, obses sangat dengan dunia hartanah yang best tu kan. Hari ini Kak Mie nak share matlamat nak tukar makanan harian yang tak sihat kepada menu sihat. Mungkin lepas ni Kak Mie ada ilmu tambahan yang bermanafaat untuk di kongsikan.

Selama tiga puluh tahun Kak Mie makan jer apa yang tekak rasa nak makan. Tahun lepas Kak Mie ada buat pemeriksaan kesihatan . Terkejut bila doktor bagitau kolestrol tinggi. Kalau tengok badan kurus jer kan. Tapi kalau ikut cara pemakanan memang dah tahu tak sihat.

Kesimpulannya korang jangan ingat kalau kurus, kesihatan korang semua nya ok. Macam Kak Mie ni kurus kering tapi kolestrol nya tinggi. Nasib baik lepas bersalin rasa nak buat pemeriksaan secara menyeluruhkan. Bayangkan korang yang umur 50 tahun tak pernah pergi hospital buat pemeriksaan. Bahaya tau korang.... Jadi kak Mie dah set mesti buat pemeriksaan berkala setiap tahun.

Masa mencari ilmu tentang pemakanan sihat Alhamdulillah terjumpa dengan kawan yang masukkan Kak Mie ke dalam group whatsapp mereka. Dalam group itu mereka kongsi menu harian yang betul dan cara pilih makanan yang betul. Group sokongan sangat untuk untuk capai matlamat sihat kita. Sebab ada yang ingatkan kita menu yang patut dan tak patut kita ambil setiap hari.

Ya Allah.... memang bila tengok gambar makanan yang mereka share pun dah rasa kita ni jahil tentang makanan kesihatan. Rasa selama ini kita dah rosak kan diri sendiri dengan nafsu makan yang tidak terkawal. Kak Mie share kat sini anatara gambar menu makanan sihat, nanti ada masa boleh lah Kak Mie share menu dan cara pemyediaan nya pula yer. Insyaallah....



Sekarang Kak Mie mula nak menambah ilmu tentang makanan harian yang sihat. Bukan senang tau nak tukar makanan yang kita suka makan kepada makanan yang sihat. Korang pernah dengar tak orang cakap, penyakit kita datang daripada makanan kegemaran kita. Jadi penyakit ini datang dari makanan.

Semoga Kak Mie istikhamah untuk cari ilmu makanan yang sihat dan amalkan dengan konsisten kan. Sambil beramal kita niat jaga kesihatan untuk mudahkan atau ringankan lagi ibadat harian kita. Tiada sebab lain Kita di Ciptakan Oleh Allah melainkan untuk beribadat kepadanya. Jadi wajib ke atas kita untuk jaga sebaiknya kesihatan diri kita.




Tuesday, January 23, 2018

Belajar Subjek Akaun Di INSPEN


Teks & gambar : Mimi rahim

Sabtu minggu lepas adalah minggu ke tiga Kak Mie belajar di Inspen. Kelas Sabtu minggu itu adalah subjek akaun yang di ajar oleh en.farid. Kami semua ok jer dengan pensyarahan yang mengajar tu, best sebab lucu. Tak der lah boring sangat masa dalam kelas kan.

Apa yang Kak Mie risau, ini adalah kali pertama Kak Mie belajar subjek akaun. Masa belajar Kak Mie ambil jurusan kejuruteraan kan, tak der kaitan langsung dengan subjek akaun. Di awal waktu masa dalam kelas, Kak Mie boleh lagi terima inpun. Tapi bila dah kat tengah-tengah, otak dah tak boleh nak fokus. Dah kelaut korang.....

Kak Mie kira untung kerana salah sorang dari kami dari agensi pemengang sarjana akaun. Aduhhh masa dia cakap ada kelulusan bidang akaun dah rasa separuh lega. Orang nya pula memang tak lokek untuk ajar Kak Mie. Maka dia lah akan jadi cikgu akaun Kak Mie sepanjang di INSPEN, Alhamdulillah....

Hari ini selepas hantar anak-anak ke sekolah Kak Mie dah ada temujanji dengan kawan yang akan ajar Kak Mie. bukan Kak Mie sorang jer tau. Ada kawan-kawan yang turut join. Yang pelik nya masa pensyarah ajar bukan main rasa terbelit-belit, tapi bila belajar dengan beliau, senang jer Kak Mie faham.



Jika korang ada niat nak sambung belajar, korang ajak kawan-kawan join sekali. Senang korang untuk belajar sama-sama. Di tambah pula dengan faktor umurkan. Jadi bila kita belajar sama-sama akan lebih semangat dan saling membantu. Lagi senang jika kawan satu agensi, boleh kongsi listing sekali. Itu nama nya belajar sambil bekerja.

Pendapatan Melalui Kerjaya Perunding Hartanah


Teks & gambar : Mimi Rahim


Tahun 2017 ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Mereka yang berniaga sendiri katanya perniagaan tidak begitu memberangsankan. Lebih parah ramai yang terpaksa diberhentikan kerja. Terus hilang punca pendapatan.

Kak Mie tahu tentang masalah ini bila Kak Mie iklan kan tentang kerjaya perunding hartanah di facebook. Mereka hubungi Kak Mie untuk bantu dapatkan info bagaimana Kerjaya Perunding hartanah dapat bantu mereka.

Kak Mie lebih suka terus bagitau gaji perunding hartanah. Kerana kita bekerja kerana untuk mendapat pendapatan yang berbaloi. Jadi korang mesti tahu gaji seorang perunding hartanah.

Untuk perunding hartanah yang baru . Jika kita dapat jual rumah berharga 500k, komisen kita adalah RM9000 . Dan untuk perunding hartanah yang berpengalaman atau sudah lama bersama agensi, komisen untuk rumah 500k lebih kurang RM12000. Nak tahu cara pengiraan komisen boleh ke link ini http://mimirahimproperty.blogspot.my/2018/01/pendapatan-suri-rumah-perunding-hartanah.html

Kak Mie bagi contoh rumah berharga 500k kerana logik kan, harga rumah teres di ibu kota.
Jadi bila korang terlibat dalam kerjaya perunding hartanah. Korang boleh rancang rumah bagaimana yang korang nak jual. Berapa pendapatan yang korang mahukan. Nak lebih jual lah banyak.

Dalam bidang ini, korang jual korang akan dapat komisen, kalau korang tak buat apa-apa, maka tak ada apa-apa yang korang dapat. Korang jangan risau dengan cara kerja, bila join agensi hartanah insyaallah korang akan faham cara kerja perunding hartanah.

Berminat nak join kerjaya perunding hartanah boleh lah hubungi mana-mana agensi yang berdekatan, Nak join team Kak Mie pun boleh, janji memenuhi syarat yang di tetapkan. Syarat utama perempuan :).

Kak Mie nak belanja sikit gambar komisen kawan Kak Mie semalam, yang baru close rumah di Shah Alam.




Cara Dapatkan Listing Hartanah Dengan Sesama REN

Teks & gambar : Mimi Rahim

Sebagai perunding hartanah, listing Atau senarai hartanah yang hendak di jual adalah nyawa pendapatan kita, Atau produk kita. Tanpa produk apa Yang Kita nak jual kan.
.
Masalah utama perunding hartanah baru adalah , tiada senarai hartanah yang  hendak di jual dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan listing itu.
.
Ok, hari Ini Kak Mie nak share aktiviti Kak Mie. Kak Mie free kan masa Untuk datang ke agensi Untuk jumpa kawan-kawan perunding hartanah. Dengan berjumpa sesama perunding hartanah, Kita dapat bertanya listing hartanah kawan kita. Minta sahaja dengan kawan-kawan senarai hartanah yang mereka ada dan kita iklankan sahaja. Senangkan....
.
Memang lah kita memilih kerjaya dalam bidang Ini adalah kerana kita mahukan kebebasan masa bekerja. Kita boleh melakukan kerja di mana sahaja & kerja mengikut kesesuaian Jadual kita sendiri. Tapi kita juga mesti bijak mengatur masa Untuk jumpa kawan-kawan perunding hartanah yang lain.
.
Makin ramai kenalan dalam bidang hartanah, makin banyak senarai hartanah yang kita akan dapat. Mungkin Cara Ini akan lebih jimatkan masa kita, tak perlu susah-susah cari sendiri hartanah Untuk di jual, kerana bila kita cari sendiri, Kita mesti melawat hartanah tersebut sebelum kita iklankan. Listing yang kita dapat dari kawan, sepastinya mereka sudah melawat & berurusan dengan pemilik. Namun kita mesti juga buat kajian asas tentang hartanah tersebut. Jangan bila pelanggan tanya kita blurrrr.
.
Pesanan Kak Mie Untuk perunding hartanah baru, rajin-rajin lah berjumpa perunding hartanah yang berpengalaman. Bukan sahaja akan dapat listing, Banyak lagi ilmu lain yang akan dapat bila bersua sesama REN. 🌹


Sunday, January 21, 2018

Masa Yang Tak Boleh Di Lepaskan

Teks & gambar : Mimi Rahim

Tepat jam 10 malam, Kak Mie dah disiplinkan anak-anak Untuk masuk tidur . Biasanya mereka akan ambil masa setengah jam Untuk tidur. Dalam masa setengah jam Itu Kak Mie  akan ada bersama anak-anak untuk pastikan anak baca doa tidur & bagi pelukan selamat malam untuk anak-anak. Tapi malam ni tak sampai 10 minit, semua lena..agaknya keletihan. 

Setiap hari ahad, Kak Mie memang akan rancang aktiviti Yang buat kan mereka akan tidur awal. Supaya permulaan isnin mereka akan bangun awal ke sekolah.
Senang sikit kerja Kak Mie pagi-pagi kan.

Hari Ini , Dari jam 10 pagi kami sekeluarga ke taman permainan untuk senaman dan bermain bersama. Setiap minggu kami akan pilih taman permainan yang berlainan. Supaya anak-anak tak boring dan dapat torokai tempat baru. Hari Ini mereka betul-betul lasak, memandangkan taman di tasik permaisuri agak besar taman permainannya. Sibuk ke sana sini bermain. 

Bila semua dah penat, perut pun dah berkeroncong. 
Alang-alang kat luar kami semua makan  tengah hari di restoran. Sebelum balik rumah Singgah beli keperluaan sekolah & sedikit keperluan di rumah.
Begitu lah kebiasaan Jadual hari ahad. Nak kena fikir aktiviti yang kualiti untuk anak-anak. Supaya kita dan anak-anak mendapat manfaat bersama bukan sekadar niat untuk mereka tidur awal yer. Hihi




Seronok bila kita ibu bapa dapat join anak-anak . Cuba masuk ke dunia fantasi mereka. Kak Mie cuba jadi teman permainan mereka. Memang nampak wajah anak- anak yang sangat gembira bila letakkan diri kita sebaya dengan mereka dalam tempoh bermain tu. Boleh bayangkan yer macam mana..

Pendapat Kak Mie, setiap saat yang kita gunakan bersama anak-anak yang sedang membesar akan mempengaruhi masa dewasa mereka. Mereka ingat setiap apa yang kita lakukan bersama. Kenangan Ini juga yang kita akan rindukan bila mereka sudah dewasa. 

Kak Mie tak boleh bayangkan jika bila mereka remaja Kak Mie terlepas untuk bersama mereka di zaman kanak-kanak riang. Masa tu nak patah balik semesti nya tak dapatkan. Alhamdulillah Allah bagi rasa macam sekarang. Rasa tak mahu lepaskan masa bersama anak-anak yang sedang membesar .

Syukur juga Allah bagi rezeki dengan pekerjaan yang kita boleh urus masa bersama keluarga mengikut kepentingan kita. Alhamdulillah......❤️




Friday, January 19, 2018

Tanah Sg Merab Untuk Di jual


Teks & Gambar : Mimi Rahim


Salam jumaat yang penuh barakah. Lepas hantar anak-anak ke sekolah. Kak Mie singgah makan tempat biasa dengan en suami. Sarapan pagi hati ini nasi berlauk ayam dan kopi o. Makan biasa jer tapi suasana kedai kopi tu best kan.

Hari ini sebenarnya Kak Mie ada dua perkara penting nak buat, pertama view tanah di Sg Merab dan study group kat ofice property untuk persediaan test kat inspen esok. Ini test pertama Kak Mie tau kat inspen. Rasa gemurah risau tu memang tahap tak nyenyak tidur malam. haha. Nanti Kak Mie share pengalaman atau suasana dalam dewan masa test yer.

Selepas sahaja selesai sarapan, Kak Mie follow suami satle kerja dia dulu. Jadi masa untuk tengok tanah dah tak jadi waktu pagi. Waktu dah bertukar tengah hari. Bayangkan kepanasan nya kat dalam hutan.

Sampai di lokasi, Kami jumpa dengan wakit tuan tanah. Beliau terangkan serba sedikit tentang tanah. Contoh nya luas dan kedudukan tanah. Luas tanah yang nak di jual adalah 12 ekar. Harga per kaki persegi boleh tahan murahnya. Nanti dah dapat details yang sempurna insyaallah Kak Mie akan bagitau Di Facebook Mimi Rahim .

Di lokasi tanah tadi sempat selfie dan bagitau kawan-kawan facebook tentang aktiviti view hari ini. Ada yang dam PM minta details dan minta carikan tanah untuk di jual.



Begitulah antara kerjaya suri rumah perunding hartanah. Tujuan kita update aktiviti untuk bagitau kenalan di media sosial tentang kerjaya kita. Kalau kita tak hebahkan, macam mana orang nak tau dan gunakan hikmat kita kan. Berminat untuk beli atau jual rumah boleh hubungi Kak Mie 0179999847 http://mimirahim.wasap.my

Ok, sekian. Nak sambung study balik :)

Monday, January 15, 2018

ANUGERAH TOP GROUP BAKAR SEMANGAT 2018





Teks & Gambar : Mimi Rahim




Malam tadi dah ingatkan anak-anak, esok mama ada meeting dekat ofice. Jadi mama kena keluar awal pagi. Alhamdulillah semua menepati masa, Kami keluar rumah dalam pukul 7 pagi. hentian pertama di sekolah kakak & abang, lepas tu baru hantar adik Qisya kat sekolah dia.

Sempat juga pekena roti canai di restoran dekat dengan sekolah bersama anak-anak. Mama selit sikit ceramah masa makan. Ini untung nya jika kita keluar awal pagi. Kita dapat rezeki lebih.

Selepas hantar Qisya, Kak Mie pecut ke dewan seminar kajang. Alhamdulillah Kak Mie masih belum terlambat. Terjumpa pula kawan belanja nasi bungkus.

Meeting bermula dengan bacaan doa dari salah seorang perunding hartanah dari agensi. Selepas itu dengan nyanyian lagu kebangsaan kita, Lagu negaraku. Macam biasa Mr.Bos ambil alih dengan segala taklimat berkenaan kerja kami sebagai perunding hartanah. Nampaknya semua ceria dan semangat, mungkin ini mesyuarat pertama agensi di tahun baru 2018. Semua mahukan aura semangat untuk mula kerja.

Jam dah menunjukkan jam 11 pagi, Kak mie dah risau meeting habis lambat kerana perlu ambil Qisya dari sekolah tapat jam 12 tengah hari. Beginilah perunding hartanah suri rumah, kena pandai urus masa demi untuk anak-anak dan kerjaya tercinta.

Acara seterusnya adalah anugerah-anugerah dari agensi.
HR dah bagitau ada salah seorang dari team Kak Mie dapat anugerah top performer. Sebagai Team Manager kena lah ada sama untuk sama-sama meraikan.

Rupanya bukan itu sahaja. Kami di anugerahkan Top Group .  Tahniah untuk team Property Sisters. Permulaan 2018 yang best.  Semoga dengan anugerah TOP GROUP ini akan membakar semangat di tahun baru 2018. Yang penting kita teruskan amalan group kita untuk saling mendokong antara satu sama lain. Saling memberi dan ingat mengingati.

Kak Mie akan share cara pilih team hartanah dan cara pilih agensi hartanah untuk perunding hartanah baru. Team dan agensi yang baik sangat membantu kita untuk berjaya dalam kerjaya perunding hartanah.


Saturday, January 13, 2018

Hari Ke Dua Di INSPEN ( Institut Penilaian Negara )


Teks & Gambar : Mimi Rahim

Semalam adalah hari ke dua Kak Mie belajar di INSPEN . Untuk korang yang belum tahu berkenaan dengan inspen, Boleh ke laman web inspen atau Institut Penilaian Negarahttp://www.inspen.gov.my/inspen/

Kak Mie nak share hari ke- dua belajar di INSPEN. Kelas bermula jam 9 pagi. Kelas pertama adalah kelas ekonomi, Kak Mie dah boleh bayangkan kelas pensyarah ni macam mana, kerana kami dah berkenalan di kelas pertama hari tu. Kak Mie boleh katanya pensyarah ni best sangat. Sangat sporting. Ok lah untuk otak mak-mak macam Kak Mie ni kan.

Untuk sesi petang, adalah kelas Law. Last week bila break time zohor Kak Mie sempat balik rumah jenguk anak. Tapi kali ni rasa macam tak sedap hati nak balik. Sebab lepas zohor kelas bersama tuan hakim. Risau pula takut terlambat.

Betul jangkaan Kak Mie, bila tiba kelas bermula. Beliau arahkan pintu di tutup. Beliau bagitau siap-siap, kami mesti masuk sebelum beliau masuk. Pada awal nya rasa seperti dalam makamah. Bercampur dengan Kak Mie gugup nak belajar LAW kan. Tapi bila selepas sejam baru rasa boleh sesuaikan diri.

Dalam kelas ini betul-betul kena bagi tumpuan dan faham sebab ini adalah pertama kalinya Kak Mie belajar subjek ini. Di tambah pula pensyarah bagitau kelas berikutnya ada ujian.

Untuk pengetahuan  korang kelas kami di INSPEN adalah sabtu dari jam 9 pagi- 9 malam. Jadi kami mesti kena ada kekuatan dari segi fizikal dam mental. Ada juga masa nya terlelap dalam kelas, haha. Masa tu terdetik adakah Kak Mie salah timing, sambung belajar masa anak masih menyusu. Maklumlah  dengan tak cukup tidur malam, si baby raisya ni bangun susu tiga kali setiap malam.

Alhamdulillah nasib baik ada sokongan dari kawan-kawan yang lain. Mereka sentiasa bagi semangat untuk Kak Mie teruskan. Mesti habis sama-sama katanya. Harap Kelas berikut nya Kak Mie dapat selesaikan dengan semangat !!








Geng Kopi Suri Rumah Perunding Hartanah



Teks & Gambar : Mimi Rahim




Dari minggu lepas Kak mie dah rancang untuk keluar minum dengan geng kopi Kak Mie. Kak Mie memang pilih hari jumaat kerana setiap jumaat Qisya tak der kelas. Kak Mie hanya perlu hantar kakak Qaleesya dan abang habib  dan ambil jam lima petang. Ada lah masa sikit untuk diri sendiri.

Selepas hantar anak-anak ke sekolah, Kak Mie singgah beli keperluan dapur dan sedikit makanan ringgan untuk anak. Esok kan sabtu... anak-anak tak ke sekolah, bekalan makanan ringgan memang selalu kering jika mereka di rumah.

Temu janji lepas jam dua lepas zohor. Kak Mie buat dulu kerja rumah apa yang patut. Sempat juga whatsapp team bagitau kejab lagi Kak Mie akan kopi dengan puan Lawyer, Iaitu salah sorang dari geng kopi kami. Minta mereka senaraikan apa-apa soalan berkenaan rumah.

Selepas solat zohor Kak Mie ke cafe yang di janjikan. Macam biasa kami suka tengok menu baru untuk cuba. Ini antara salah satu geng yang suka jalan-jalan cari makan. Kami suka cuba makan di restoran baru dan cuba makanan baru.

Walaupun kita sudah berkeluarga, Kak Mie rasa kita perlu ada kawan yang rapat yang kita boleh berkongsi cerita harian kita dan berkongsi pendapat. Tetapi bila jumpa peguam hartanah, cerita hartanah adalah cerita wajib kami. Terpaksalah puan peguam layan kitorang dengan soalan-soalan berkenaan dengan kerja beliau. 

Thursday, January 11, 2018

Pencapaian Suri Rumah Perunding Hartanah Dalam Bidang Hartanah


Teks & Gambar : Mimi Rahim


Dari mula kita melibatkan diri dalam dunia hartanah semestinya kita sudah tetapkan matlamat kenapa kita  sertai bidang ini. Ramai terlibat semata-mata kerana ingin menampung keperluan keluarga dan mungkin untuk menampung komitmen kita, jadi bila semua keperluan dan komitmen sudah selesai kita anggap target kita sudah selesai. Namun tanpa minta yang mendalam dalam bidang hartanah mungkin kerja kita tak seronok.

Pencapaian adalah subjektif, hanya diri kita yang boleh menilai tahap pencapaian kita mengikut target yang kita tetapkan. Apa yang kita capai untuk diri kita , untuk organisasi , untuk keluarga dan secara tidak langsung untuk masyarakat.


1) Pencapaian Untuk Diri Sendiri

Bila kita tetapkan matlamat pendapatan kita dan kita berjaya capai target yang di tetapkan. Secara langsung akan menaikan keyakinan diri kita. Kita lebih semangat dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan kita dalam hartanah akan meningkat selari dengan pengalaman kita.

2) Pencapaian Dalam Organisasi ( agensi hartanah )

Rasa lebih di hargai bila usaha kita dalam kerjaya di nilai dengan penambahan komisyen dan lantikan daripada perunding hartanah biasa ke group manager atau peringkat yang lagi tinggi. Rangkaian kita dalam hartanah juga akan lebih besar bila lebih di kenali dalam kerjaya ini. Ini memudah kan lagi kerja kita. Kita sudah capai untuk naikkan komisyen dan besarkan jaringan dengan mereka yang terlibat dalam hartanah.

3) Pencapaian Untuk Keluarga

Sebagai Suri Rumah Perunding Hartanah, Kita memberi kelebihan pada keluarga kerana kita mempunyai pengetahuan tentang hartanah. Kita mempunyai peluang membuat perancangan untuk keluarga dengan betul. Ini akan memberi impak perancangan masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak dan keluarga supaya target masa depan keluarga tercapai.


Alhamdulillah Dapat Tolong Kawan Satu sekolah Beli Rumah Pertama


4) Pencapaian Untuk Masyarakat

Bila kita di kalangan kawan-kawan atau pelanggan kita. Tajuk hartanah antara tajuk yang seronok untuk di bincangkan. Sebagai perunding hartanah semestinya faham tentang pasaran hartanah lebih dari orang lain. Dan tugas kita untuk mengajak kawan-kawan terdekat untuk melabur dalam hartanah. Iaitu melabur dengan betul. Bagi Kak Mie ini adalah fardhu kifayah untuk perunding hartanah.  Kita sudah capai hasrat untuk lihat masyarakat kita faham tentang pelaburan hartanah.


Kita boleh nilai sendiri apa pencapaian kita dalam bidang kita. Semakin kita serius dalam sesuatu bidang semakin mudah untuk kita capai matlamat kita.




Skop Kerja Group Manager Suri Rumah Perunding Hartanah Suri Rumah


Group Manager ialah seorang yang dilantik oleh agensi . Kebiasaannya di bawah seorang group manager mempunyai beberapa orang perunding hartanah. Jika ada perunding hartanah yang baru, pihak agensi akan letakkan di bawah jagaan seorang group manager.

Dengan lantikan sebagai group manager, peratus komisyen kita juga akan meningkat dan kita juga akan dapat overiding daripada team yang kita jaga.

Pihak agensi melantik kita sebagai group manager bukan sahaja semata-mata untuk naikkan peratus komisyen kita. Tapi kita di sertakan dengan tanggungjawab besar untuk bantu agensi. Terutamanya  berkenaan menguruskan perunding hartanah bawahan kita. Antara Skop Kerja Group Manager


1) Memastikan Capai Target

Tugas utama group manager adalah untuk memastikan perunding hartanah di bawah kita boleh capai target minima jualan yang agensi tetapkan. Bila semua perunding hartanah capai target jualan atau melebihi target yang agensi tetapkan, semastinya target group akan tercapai dan group akan dianugerahkan mengikut pencapaian kita.



2) Tunjuk Cara Kerja Yang Betul

Semua perunding hartanah yang baru kemungkinan masih belum mahir dengan skop kerja sebagai perunding hartanah. Jadi, tugas kita untuk tunjukan cara yang betul. Dengan pengalaman yang ada mungkin kita hanya sampaikan & lakukan aktiviti hartanah seperti biasa. Mereka akan follow apa yang group manager buat.

3) Kelas Untuk Team

Dalam dunia hartanah, selain cara pemasaran. Yang juga penting kita tahu adalah tentang perundangan hartanah. Agensi akan buat kelas untuk semua, tetapi kita juga boleh buat kelas atau sesi sharing bersama team.

4) Group Meeting

Setiap sebulan sekali kita adakan group meeting untuk memastikan target group dan target agensi mencapai tahap yang di tetapkan. Dengan group meeting kita dapat berkongsi pelbagai maasalah atau apa sahaja yang berkenaan kerja.

5) Reward

Jika kita mempunyai team perunding hartanah yang sangat komited dalam kerjaya insyaallah kita layak untuk dapat anugerah best group atau best group. sekali sekala apa salahnya kita reward team. Bawa makan-makan atau bagi hadiah untuk team.




Love My Team #propertysisters








Bagaimana Untuk Sertai Kerjaya Perunding Hartanah

Teks & Gambar : Mimi Rahim


Bila Kak Mie post cerita atau post gambar di facebook berkenaan kerja Kak Mie, ramai yang PM bertanyakan tentang kerja Kak Mie, Soalan paling banyak antaranya adalah Skop Kerja Perunding Hartanah , Pendapatan Perunding Hartanah , Bagaimana Bermula Sebagai Perunding Hartanah Dan Bagaimana untuk sertai Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah.

Untuk entri kali ini Kak Mie nak share cara untuk kita bermula sebagai perunding hartanah. Kak Mie selesa ceritakan apa yang Kak Mie buat yer.

1) Daftar Dengan Agensi

Sebelum bermula Kak Mie ada pergi ke kelas Kerjaya sebagai perunding hartanah. Kelas itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai  tentang kerjaya perunding hartanah dan bagaimana untuk sertainya.


Kita mesti sertai mana-mana agensi yang berdaftar untuk bekerja sebagai perunding hartanah. Kos pendaftaran agensi berlainan bergantung pada agensi itu. Di sarankan pilih agensi yang betul. Cara Pilih Agensi nanti Kak Mie share dalam entri yang lain yer.

Selepas itu agensi akan sarankan kita untuk hadir ke kursus perunding hartanah untuk dapatkan pendaftaran yang sah.

2) Hadir Ke Kursus Perunding Hartanah
Kerjaya perunding hartanah ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.
Untuk Kita jadi perunding hartanah yang sah, kita mesti daftar dan hadir ke kursus dua hari perunding hartanah. Jika korang Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib hadir untuk kita di lantik sebagai perunding hartanah yang sah. Antara topik yang kita akan belajar dalam kursus ini adalah, Pengenalan kepada pasaran hartanah, Asas industri hartanah, Piawaian Agensi Hartanah Malaysia, Praktis agensi hartanah, Kemahiran membuat rundingan, Asas guaman hartanah, Undang-undang berkaitan hartanah, Kemahiran IT dalam hartanah. Insyaalah kita akan faham skop kerja kita selepas hadir ke kursus ini.
Kita akan diberikan sijil setelah selesai kursus ini. Salinan sijil ini akan diberi kepada agensi. Agensi kemudian akan daftarkan tuan puan ke LPPEH.
Sebenarnya kita boleh jer hadir ke kursus dulu sebelum daftar dengan agensi, Kemudian bawa jer sijil tu ke agensi. Mana-mana yang kita rasa nak mula dulu. 
Kak Mie tunjukkan Tag yang Kak Mie dapat selepas sah berdaftar. Tag ni akan membezakan kita sebagai perunding hartanah berdaftar dengan yang tidak berdaftar. Bawa jer ke mana-mana bila melakukan aktiviti hartanah. 
Mimi Rahim 
REN 18470





Booking Rumah Baru

Teks & gambar : Mimi Rahim

SEMUA TEAM MEMBER SAYA DAH BOOKING RUMAH DI TAHUN BARU. SEMANGAT ðŸ’ªðŸ’ª
Semasa dalam meeting group semalam semua team seronok cerita tentang ada projek baru dekat kajang yang booking nya hanya 1k sahaja.

Kami semua dalam meeting bukan hanya fikir untuk beli rumah, tapi juga sentiasa mencari hartanah untuk di beli. Untuk projek yang kami bincangkan ini, hanya layak untuk mereka yang memiliki tidak lebih dua hartanah. Nanti Kak Mie share details tentang projek ni yer.

Lepas habis meeting semalam mereka  terus gerak ke Kajang untuk survey. Ada yang terus booking.  Apa Tak NYerrr Booking Hanya 1k u olsssss. 


Antara sedikit details tentang projek ini :

Apartment yang dilengkapi swimming pool cuma RM265k. Antara project termurah setakat ni. Rumah siap dilengkapi aircond setiap bilik,wardrobe setiap bilik,water heater setiap bilik air,kitchen cabinet,Tv cabinet,eh fridge pun ado. Menarik sgt!
Size?Luasss 1020 sqft! Dkt dgn MRT dan kawasan perumahan elit Tropicana Height, Nadayu 92, Hillpark Kajang.
FREE SPA
TIADA 10% DEPOSIT
LOAN DIURUSKAN

#Tahniah Semua !!!! Permulaan tahun baru Yang besttttttt❤️❤️❤️❤️
#propertyqueen
#propertysisters

Tuesday, January 9, 2018

Pendapatan Suri Rumah Perunding Hartanah


Teks       : Mimi Rahim
Gambar  : Mimi Rahim

Assalamualaikum. Kak Mie baru jer balik jumpa kawan-kawan satu tempat kerja. Sebagai team manager kami bertanggungjawab pada perunding hartanah bawahan kami. Ada yang share tentang ada perunding hartanah yang tak perform. Jika tak perform macam mana nak dapatkan gaji yang sepatutnya kan. Kalau mereka yang bujang mungkin tak terasa sangat. Tapi jika yang ada tanggunggan, mereka mesti berusaha untuk sentiasa kekalkan komisyen untuk pastikan kewangan berada di tahap yang selesa.

Kak Mie nak tanya, korang bekerja untuk apa? mesti untuk mendapatkan duitkan. Untung menampung keluarga. Duit adalah matlamat utama kebanyakan orang untuk bekerja. Dan pencapaian adalah kepuasan dalam kerjaya seseorang itu.

Begitu juga mereka yang mahu mulakan kerjaya dalam bidang hartanah. Mereka semestinya tertarik dengan pendapatan yang boleh diperolehi hasil dari jualan hartanah.

Kak Mie nak share sikit tentang ada sorang kawan di agency, beliau sebelum menjadi perunding hartanah pernah bekerja di syarikat perkapalan.  Gaji beliau masa itu adalah 30k sebulan. Pada tahun lepas syarikat beliau mengalami masalah dan beliau terpaksa berhenti kerja. Apa yang difikirkan oleh beliau adalah, bagaimana nak dapatkan gaji bulanan seperti biasa. Di pendekkan cerita perunding hartanah adalah kerjaya baru beliau. Cuma sekarang beliau perlu konsisten dapatkan komisyen sekurang-kurangnya 30k sebulan.

Pada entri ini Kak Mie nak kongsikan kiraan gaji seorang perunding hartanah. Untuk perunding hartanah yang baru menyertai agensi mereka akan dapat 60% daripada booking yang diambil dari pelanggan, manakala 40% untuk agensi.

Contohnya jika kita berjaya jual rumah yang berharga 500k. Booking yang diambil daripada pelanggan adalah sebanyak  3% daripada harga rumah. (500k x 3% = RM 15 000) . Jumlah booking
ialah 15k.


Contoh Booking Dari Pelanggan


Komisyen kita adalah 60% daripada duit booking iaitu 60% daripada 15K .
( RM 15 0000 x 60% = RM 9000) . Jadi kita dah boleh rancang pendapatan kita di awal penglibatan kita dalam bidang ini. Jika kita mahukan income 18k, Kita mesti jual rumah yang berharga 500k sebanyak dua biji.

Bila jualan meningkat, peratus komisyen juga akan meningkat. Komisyen akan meningkat mengikut apa yang di tetapkan oleh syarikat. Peratus komisyen boleh mencecah 90%. Sebagai team manager Kak Mie layak untuk 83% daripada booking pelanggang , belum lagi di tambah dengan overiding daripada team. Kak Mie bagi contoh harga rumah yang sama, 500k. Booking adalah sebanyak 15k, (RM15000 x 83% = RM 12 450) . Mana nak carikan kerjaya yang pendapatan tanpa had dengan tidak menggunakan tenaga dan masa yang banyak. Jual sahaja sebiji rumah harga 500k. gaji kita adalah RM12 450.

Untuk mereka yang tidak memiliki sijil belajar tahap tinggi, jangan rasa takut untuk memulakam kerjaya sebagai perunding hartanah. Kerjaya yang Kak Mie rasa sangat berbaloi untuk tolong kewangan kita. Salah satu kerjaya yang mudah untuk simpan duit tunai dengan cepat.

Mimi Rahim
http://mimirahim.wasap.my
www.mimirahim.com

Tetapkan Matlamat Tahun Baru


Teks      : Mimi Rahim
Gambar : Mimi Rahim


Masuk jer tahun baru Kak Mie dah mula teringatkan team kesayangan Kak Mie. Rasa semangat nak bekerja bersama dah berkobar-kobar. Mesti rindu kan nak kerja setelah lama cuti akhir tahun. Semalam adalah mingu ke -2 tahun baru 2018. Kami team Suri Rumah Perunding Hartanah berkumpul buat kali pertama pada tahun baru.

Macam biasa kami akan tetapkan tempat untuk berkumpul. Dan tempat pilihan semestinya adalah di salah sebuah rumah antara kami. Kami pilih di rumah kerana macam biasa, mak-mak perunding hartanah akan bawa anak-anak kecil kami.

Meeting bermula jam 9.30 pagi iaitu selepas kami selesai hantar anak-anak ke sekolah dan siapkan kerja di rumah yang mana patut. Kami tak lupa untuk bawa makanan masing-masing. popluck dan meeting memang tak dapat dipisahkan.



Majlis kami dimulakan dengan bacaan umul kitab Al-Fatihah. ...
Sempena tahun baru, isi utama meeting kami adalah matlamat tahun baru dan strategi pemasaran untuk tahun baru.

Sebagai perunding hartanah memang kita mesti mengikuti pasaran hartanah atau permintaan hartanah semasa. kita mesti alert dengan ekonomi dan pasaran hartanah di Malaysia. Pasaran hartanah ini mempengaruhi strategi kerja kita. Ini yang kami sama-sama bincangkan.

Tak ketinggalan juga kami bincangkan potensi hantanah untuk kami turut serta melabur. Seronok dengar bila masing-masing dah booking rumah untuk diri sendiri di permulaan tahun baru.

Bila jumpa sesama perunding hartanah, memang seronok. Kami saling bertukar pendapat. Bukan sahaja dalam bidang hartanah tapi juga cara menguruskan keluarga masing-masing. Maklum lah kan... Kami Suri Rumah Perunding Hartanah :)



Cara Berurusan Dengan Perunding Hartanah Untuk Belian Rumah

Teks & Gambar : Mimi Rahim Selalunya jika berhasrat untuk beli rumah, lama web yang kita terokai adalah laman web mudah.my, proper...